Menurut Agensi Berita China, akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura melaporkan semalam bahawa Perdana Menteri Singapura Lee Sien Loong menyatakan, A.S. harus berpandangan jauh terhadap peluang yang dibawa oleh pembangunan ekonomi China kepada A.S. dan giat meningkatkan hubungan kerjasama dua hala agar bermanfaat bagi kedua-dua pihak.
Dalam tempoh lawatan di A.S. bulan lalu, Lee Sien Loong dalam wawancaranya di Washington menyatakan, kerajaan A.S. harus mengubahsuaikan dasarnya terhadap China. Ekonomi China akan terus berkembang maju dan A.S. harus menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara ini agar bermanfaat bagi kedua-dua pihak.
|