Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-08 15:55:22    
China Sempurnakan Sistem Penyeliaan dan Pengurusan Insurans

CRI

Pengerusi Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Insurans China encik Wu Dingfu dalam "Forum Antarabangsa Insurans China" yang diadakan di Beijing baru-baru ini memaklumkan, seiring dengan perkembangan pasaran insurans China dan pelaksanaan dasar buka pintu dalam bidang insurans lebih meluas, kerajaan China sedang mengambil pelbagai tindakan melengkapi sistem penyeliaan dan pengurusan insurans, mencegah dan menyelesaikan risiko kewangan untuk mendorong pasaran insurans China berkembang berterusan dan sihat.

Encik Wu Dingfu memaklumkan, sejak tahun 1980-an, insurans China meningkat dengan kecepatan kira-kira 30% purata tahunan, menjadi salah satu sektor yang berkembang paling cepat dalam ekonomi nasional. Setakat akhir tahun 2004, jumlah aset insurans China mencatat 143.3 bilion dolar Amerika. Pada masa ini, dasar buka pintu telah dilaksanakan secara menyeluruh dalam pasaran insurans China, sebanyak lebih 30 syarikat insurans asing disahkan memasuki pasaran insurans China.

Menurut encik Wu Dingfu, China telah membentuk sistem penyeliaan dan pengurusan untuk mencegah dan menyelesaikan risiko kewangan untuk memastikan pasaran insurans dapat berkembang secara pesat. Beliau menyatakan,

"Sistem penyeliaan dan pengurusan insurans itu dibentuk berdasarkan kawalan pengurusan dalaman syarikat insurans, mengutamakan penyeliaan terhadap keupayaan pembayaran syarikat insurans, melaksanakan penyeliaan terhadap penggunaan modal dan membentuk tabung jaminan insurans untuk mencegah risiko insurans."

Di samping meningkatkan keupayaan mencegah risiko kewangan, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Insurans China telah mengesahkan penubuhan syarikat insurans profesional antaranya syarikat insurans pertainan, syarikat insurans kesihatan dan syarikat insurans hayat, menggalakkan syarikat insurans berurus niaga di sisi undang-undang dan berkeupayaan pembayaran menubuhkan syarikat cawangannya untuk mendorong persaingan pasaran. Selain itu, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Insurans China juga membenarkan modal insurans disenaraikan di bursa saham, modal wang asing insurans China digunakan di negara lain.

Akan tetapi, dalam ucapannya, encik Wu Dingfu juga menyebut beberapa masalah yang wujud dalam perkembangan insurans China pada masa ini. Misalnya, nisbah syarikat dalam ekonomi nasional tidak tinggi, inovasi barangan insurans terhad, struktur barangan insurans kurang rasional, struktur pengurusan syarikat insurans kurang sempurna, sistem perusahaan moden yang sempurna masih belum dibentuk dan lain-lain. Semasa menyebut bagaimana menyelesaikan masalah tersebut, encik Wu Dingfu menyatakan, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Insurans China akan terus mendorong pelbagai pembaharuan untuk menyediakan sistem yang sempurna untuk memangkinperkembangan insurans China. Beliau menyatakan,

"Kerajaan China akan terus melaksanakan pembaharuan sistem saham syarikat insurans milik negara, menormakan struktur kawalan syarikat; menguruskan secara profesional dan menggunakan secara bersepadu modal insurans, terus meningkatkan taraf penggunaan modal insurans; menyempurnakan mekanisme kemasukan barangan dalam pasaran insurans, membentuk sistem pasaran insurans moden yang terbuka, menjalankan persaingan secara teratur; mendorong inovasi perkhidmatan barangan insurans, memperluas lingkungan perkhidmatan insurans."

----Ching