Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-08 15:50:16    
China Pentingkan Sains dan Teknologi dalam Persiapan Sukan Olimpik Beijing

CRI

Sejak Beijing menjadi tuah rumah Sukan Olimpik ke-29 pada empat tahun lalu, kerajaan China telah memulakan pelbagai persiapan. Dalam persiapan tersebut, kerajaan China telah memanfaatkan sains dan teknologi untuk menjamin Sukan Olimpik diselenggarakan dengan lancar.

Semasa Beijing memohon menganjurkan Sukan Olimpik, kerajaan Beijing telah menetapkan tema Sukan Olimpik sebagai "Sukan Olimpik hijau tanpa pencemaran, saintifik, berteknologi tinggi dan kemanusiaan", ini kali pertama konsep "Sukan Olimpik yang saintifik dan berteknologi tinggi dikemukakan oleh tuan rumah temasya sukan tersebut". Pegawai Bandar Beijing puan Lin Wenyi telah menjelaskan konsep itu sebagai berkata,

" Konsep'Sukan Olimpik yang saintifik dan berteknologi tinggi' merupakan salah satu antara tiga konsep Sukan Olimpik 2008 Beijing. Butiran konsep itu ialah berdasarkan kemajuan sains dan teknologi baru, menggunakan hasil teknologi tinggi yang dicapai di dalam dan luar Negara untuk menyelenggarakan Sukan Olimpik".

Sejak Beijing menjadi tuan rumah Sukan Olimpik ke-29, Kementerian Sains dan Teknologi China, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan jabatan lain telah memulakan "Rancangan Tindakan Sukan Olimpik Saintifik dan berteknologi tinggi", menetapkan melaksanakan kajian dan penyelidikan sains dalam enam bidang antaranya pembangunan stadium Sukan Olimpik, jaminan keselamatan, ekologi alam sekitar Beijing, komunikasi, teknologi telekomunikasi, sains dan teknologi sukan dan melaksanakan 10 projek penting berdasarkan kajian dan penyelidikan sains tersebut, antaranya "Rancangan Sistem Komunikasi Pintar Beijing", "Penggunaan Kenderaan Kuasa Elektrik", "Sistem Perkhidmatan Maklumat Pintar Pelbagai Bahasa" dan lain-lain.

Kerajaan China telah memperuntukkan lebih tiga bilion Yuan RMB untuk menjayakan projek tersebut, seramai ribuan kakitangan dalam bidang sains dan teknologi menyertai kajian dan penyelidikan berkaitan. Pada masa ini, beberapa projek telah mencapai kemajuan yang ketara.

Encik Liu Bin merupakan pegawai Institut Automatik Akademi Sains China. Kumpulan pengkajian yang dipimpinnya menyertai kajian "Sistem Perkhidmatan Maklumat Pintar Pelbagai Bahasa". Beliau memberitahu wartawan,

"Kami sedang mengkaji sistem penterjemahan pintar yang menyediakan perkhidmatan kepada sahabat asing yang menyertai Sukan Olimpik 2008. Sistem itu digunakan dalam komputer riba, telefon bimbit dan lain-lain dan menyediakan perkhidmatan penterjamahan kepada pelanggan untuk tempahan hotel, mencari tempat dan peralatan komunikasi, berjumpa doktor, mencari restoran dan lain-lain."

Selain digunakan dalam kemudahan elektronik mudah alih, sistem penterjemahan pintar itu juga dapat digunakan di lebih 3000 pondok maklumat yang didirikan di bandar Beijing untuk menyediakan perkhidmatan maklumat pelbagai bahasa yang melibatkan maklumat cuaca, komunikasi, membeli-belah, pelancongan dan peraturan acara pertandingan sukan dan lain-lain.

Pegawai Kementerian Sains dan Teknologi China encik Du Zhanyuan merupakan salah seorang pegawai yang bertanggungjawab terhadap "Rancangan Tindakan Sukan Olimpik Saintifik dan berteknologi tinggi". Beliau berkata,

"Pada masa ini, 10 projek sains dan teknologi Sukan Olimpik penting dilaksanakan dengan lancar. Dalam tempoh tiga tahun yang akan datang, banyak kajian baru sains dan teknologi akan dihasilkan, kerajaan China akan memilih dan menggunakan hasil tersebut untuk menjayakan Sukan Olimpik."

----Ching