Menurut Agensi Berita Xinhua China, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyeru di Jakarta semalam, rakyat pelbagai negara ASEAN perlu aktif menyertai pembangunan ASEAN, berusaha untuk mewujudkan perdamaian, kemakmuran, kebebasan dan demokrasi.
Semasa menghadiri aktiviti sambutan ulang tahun ke-38 penubuhan ASEAN yang diadakan di sekretariat ASEAN beliau berkata, dalam tempoh 38 tahun ini, ASEAN semakin matang, peranannya juga semakin meningkat. Beliau yakin ASEAN dapat memberi sumbangan besar mewujudkan Matlamat Pembangunan Milenium pada tahun 2015 di seluruh dunia.
|