Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-09 15:46:42    
Seorang Lagi Warga Vietnam Mati Akibat Wabak Selesema Burung

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pengarah Hospital provinsi Ben Tre, bahagian selatan Vietnam berkata hari ini, seorang lagi rakyat negara itu mati akibat wabak selesema burung.

Beliau berkata, hospital bandar Ho Chi Minh telah melakukan pemeriksaan terhadap mangsa tersebut. Hasil pemeriksaan itu menjelaskan, beliau dijangkiti virus H5N1.

Sejak kes wabak selesema burung dikesan pada tahun 2003, sudah terdapat 41 orang rakyat Vietnam mati kerana wabak itu. Untuk mengawal perebakan wabak itu, kerajaan Vietnam telah memulakan suntikan vaksin terhadap ayam itik.