|
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong malam semalam menyampaikan amanat Hari Kebangsaan 2005 melalui stesen TV.
Dalam amanatnya, Lee Hsien Loong berkata, Tahun ini, ekonomi Singapura terus tumbuh dengan baik. Pertumbuhan ekonomi dalam separuh pertama tahun ini ialah 4%. Untuk sepanjang tahun ini, Singapura boleh menjangkakan pertumbuhan antara 3.5% dan 4.5%.
Lee Hsien Loong berkata, keutamaan Singapura ialah mengembangkan dan meningkatkan ekonomi negara. Beliau menyeru rakyat Singapura meningkatkan kemahiran dan keupayaan baru, membuka pasaran-pasaran baru, membawa masuk pelaburan dan menjana bidang-bidang pertumbuhan baru.
Ketika menyebut antikeganasan, Lee Hsien Loong menegaskan bahawa rakyat Singapura mesti terus berwaspada tentang ancaman terhadap keselamatan negara, dan mesti bersiap sedia dari segi psikologi untuk menghadapinya.
Dalam amanat tersebut, Lee Hsien Loong menyatakan, memandang ke depan, Singapura menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza sama sekali. Globalisasi memperhebatkan persaingan dan mempercepat lagi perubahan. Berdepan dengan cabaran-cabaran yang sama ini, negara-negara ASEAN sedang meningkatkan kerjasama. Singapura akan bersama-sama dengan rakan-rakan ASEAN, meningkatkan kesedaran tentang pentingnya peranan pertubuhan ASEAN di kalangan rakyat masing-masing.
|