Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-09 11:17:22    
Provinsi Gansu Kembangkan Pertanian Jimat Air

Agensi Berita Xinhua China

Perusahaan penerokaan pertanian di Provinsi Gansu mengutamakan pengembangan pertanian jimat air untuk meningkatkan efisiensi pertanian. Pada masa ini, ladang pertanian yang diairi dengan menggunakan saluran paip di seluruh provinsi berkeluasan 15 ribu hektar, air yang dijimat mencatat 56 juta meter padu seluruh tahun, efisiensi yang ditingkatkan berjumlah lebih 50 juta Yuan RMB.

Ladang pertanian kebanyakan perusahaan penerokaan pertanian di Provinsi Gansu terletak di pinggir padang pasir dan kawasan hilir sungai pedalaman. Ekologi alam sekitar di kawasan itu buruk, sumber air berkurangan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perusahaan penerokaan pertanian di provinsi itu memainkan keunggulan teknologi, modal, tenaga profesional dan pengurusan, memperkenalkan dan menggunakan teknologi pengairan yang jimat air antaranya pengairan secara menitis dan memercikkan.

Pada tahun 1997, Kumpulan Yasheng Provinsi Gansu melaksanakan kerjasama dengan syarikat Israel, membina syarikat kemudahan pengairan penitis yang paling besar di kawasan barat laut di Lanzhou. Kemudian, kumpulan itu memperuntukkan 75 juta Yuan RMB dengan menggunakan teknologi pengairan secara menitis Israel mengembangkan projek pengairan secara menitis di ladang pertanian Xiaheqing seluas 1.3 ribu hetkar. Projek itu mencapai kejayaan yang ketara. Berdasarkan taksiran pakar, setelah menggunakan teknologi pengairan menitis, lebih 43% air telah dijimatkan, kos yang dijimat dan kesan yang ditingkat berjumlah 496 Yuan RMB setiap 0.067 hektar.

Selepas itu, lebih 100 juta Yuan YMB dikumpulkan dan pinjaman wang Yen Jepun digunakan untuk mewujudkan 13.3 hektar ladang pertanian diairi dengan menggunakan teknologi pengairan yang jimat air, sehingga matlamat menjimat air berjaya diwujudkan di 1/3 ladang pertanian di seluruh kawasan itu.

Perusahaan penerokaan pertanian di Provinsi Gansu berusaha memperkenalkan teknologi pengairan yang menjimat air, ini bukan sahaja bermanfaat bagi menyusun semula struktur tanam-tanaman dan mengembangkan pertanian yang berefisensi tinggi, tetapi juga mendorong pertanian tradisional berkembang menjadi pertanian moden. Berdasarkan maklumat, setelah menggunakan teknologi pengairan secara menitis Israel, hasil pertanian yang dicapai dalam ladang pertanian Xiaqinghe mencatat 420 kilogram setiap 0.06 hektar, angka itu membaharui rekod dunia.