Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-10 11:25:36    
Kerajaan Kawasan Bahagian Barat-Laut China Bersama-sama Selesaikan masalah Ekologi Alam Sekitar Penduduk

Agensi Berita Xinhua China

Pegawai Suruhanjaya Perancangan Keluarga lima provinsi dan wilayah autonomi di kawasan bahagian barat laut China menandatangani "Perjanjian Pertukaran dan Kerjasama Penduduk dan Perancang Keluarga Lima Provinsi dan Wilayah Autonomi di Bahagian Barat Laut China" di bandar Xining Provinsi Qinghai baru-baru ini, ini menandakan kerajaan di kawasan tersebut mulai bekerjasama mengembangkan ekologi alam sekitar penduduk di sana.

Kawasan bahagian barat laut China merupakan kawasan yang padat dengan etnik minoriti, ekonomi di sana mundur, jumlah penduduk di kawasan itu meningkat dengan pesat, dasar perancang keluarga tidak dilaksanakan dengan berkesan, ekologi alam sektiar lemah. Sehubungan dengan itu, meningkatkan kerjasama antara pelbagai provinsi dan wilayah autonomi dalam usaha perancang keluarga amat penting bagi menyediakan ekologi alam sekitar yang baik kepada penduduk temaptan dan mewujudkan perkembangan secara berterusan dan membentuk masyarakat yang harmoni.

Berdasarkan maklumat Naib Gabenor Provinsi Qinghai encik Deng Bentai, kerajaan di kelima-lima provinsi dan wilayah autonomi tersebut akan menjalankan pertukaran dan kerjasama berdasarkan perjanjian itu untuk meningkatkan usaha perancang keluarga, mengatur pakar dan sarjana menjalankan kajian di kawasan tersebut, mengadakan mesyuarat tentang usaha perancang keluarga sekali setahun, mendorong kerjasama dalam pengkajian dan pengenalan peralatan perancang keluarga dan kesihatan pembiakan, meningkatkan kerjasama dan pertukaran dalam bidang pencegahan penyakit kelamin, penyakit AIDS dan lain-lain.

"Forum Penduduk dan Perkembangan Kawasan Bahagian Barat-Laut" diadakan di Bandar Xining Provinsi Qinghai baru-baru ini. Dalam Forum tersebut diluluskan "Cadangan Dasar Penduduk dan Perkembangan Kawasan Bahagian Barat-Laut". Cadangan itu meliputi memasuki perkembangan penduduk dalam rangka strategi pembangunan bahagian barat China, mendorong perkembangan sosioekonomi di kawasan itu, menciptakan mekanisme kawalan penduduk dan lain-lain.