Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-10 16:10:23    
China Perlu Tubuhkan Mekanisme Amaran Hak Harta Intelektual

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua, sempena Sidang Undang-undang Dunia ke-22 diadakan, Ketua Tribunal Sivil Mahkamah Rakyat Tertinggi China, Encik Jiang Zhipei menyatakan di Beijing hari ini, sistem perundangan perlindungan hak harta intelektual yang sempurna telah ditubuhkan di China namun kerajaan juga akan terus menubuhkan mekanisme amaran hak harta intelektual.

Jiang Zhipei berkata, China telah menunaikan janjinya menganggotai WTO, meningkatkan tindakan memerangi jenayah mencabuli hak harta intelektual, serentak itu China juga harus menubuhkan mekanisme amaran hak harta intelektual untuk membantu perusahaan China mendaftar hak harta intelektual China di negara asing.