Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-11 14:51:37    
Atlet China Qian Zhenhua, Pemenang Pingat Emas Acara Dekalton Lelaki Kejohanan Dunia 2005

Agensi Berita Xinhua China

Ahli falsafah Greece Ariltotle berkata sukan dekalton merupakan acara yang paling mencabar di dunia. Dalam pertandingan tersebut, para atlet harus mengatasi cabaran menembak, lawan pedang, renang, equestrian dan larian merentas desa pada satu hari. Pertandingan itu merupakan cabaran serius terhadap kebolehan, kebijasanaan dan ketabahan peserta. Dalam pertandingan akhir dekalton lelaki Kejohanan Dunia Dekalton Moden 2005, atlet China Qian Zhenhua mengatasi cabaran tersebut dan meraih pingat emas.

Semasa bendera kebangsaan China dinaikkan dan lagu kebangsaan China dimainkan, Qian Zhenhua terharu semasa berdiri di pentas menerima pingat.

Qian Zhenhua mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan Kejohanan Dunia kali ini. Dalam pertandingan menembak, beliau memperoleh mata acara menembak lima acara moden yang paling bagus dalam sejarah sukan dekalton iaitu 191 mata. Dalam pertandingan lawan pedang, beliau menduduki tempat pertama dengan 31:23. Dalam pertandingan renang, Qian Zhenhua mengatasi rekod terbaiknya sendiri. Dan dalam pertandingan equestrian dan larian merentas desa, beliau juga mencapai kejayaan besar. Akhirnya, Qian Zhenhua dengan mata keseluruhan 5756 muncul menjadi johan.

Sukan Dekalton ditetapkan sebagai acara pertandingan rasmi Sukan Olimpik pada tahun 1912. Tetapi sukan itu diperkenalkan di China agak lewat dan kepopularannya juga tidak tinggi. Dalam pertandingan Kejohanan Dunia kali ini, Qian Zhenhua menewaskan semua atlet negara Eropah dan A.S. serta muncul sebagai johan. Pingat emas yang diraih oleh Qian Zhenhua itu menunjukkan usaha semua jurulatih dan atlet pasukan dekalton China yang ditubuhkan pada tahun 1981. pingat emas itu merupakan pingat emas pertama yang dicapai oleh pasukan China dalam Pertandingan Dekalton Kejohanan Dunia dan juga merupakan pingat emas pertama yang diraih oleh negara Asia. Pasukan dekalton China mencipta rekod dalam sejarah.

Pada malam 6 Ogos, pasukan China mengadakan majlis keraian di hotel. Semasa menyatakan perasaan gembiranya meraih pingat emas, Qian Zhenhua berkata, "saya berasa sangat gembira, saya merakamkan terima kasih kepada pengurus, jurulatih dan rakan sepasukan saya. Semasa saya mengambil bahagian dalam pertandingan itu, semua anggota pasukan kami bersorak-sorai untuk menyuntik semangat kepada saya. Pingat emas yang saya raih itu bukan sahaja milik saya seorang, tetapi juga merupakan kehormatan kepada pasukan kita."

Naib Ketua Pengarah Pusat Kawalan Acara Basikal dan Lawan Pedang Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China yang juga pemenang pingat emas pertama kontinjen China dalam Sukan Olimpik Encik Xu Haifeng berkata, "kejayaan yang dicapai oleh Qian Zhenhua merupakan permulaan baru dan tidak boleh menunjukkan pasukan dekalton China telah memasuki senarai teratas di dunia. Selain acara perseorangan lelaki, acara yang lain tidak memuaskan hati. Pasukan China akan mempelajari pengalaman dan berusaha mencapai kejayaan yang baik dalam pertandingan itu pada masa depan dan membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008."