Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-11 14:39:49    
Hubungan China-Vietnam Berkembang secara Menyeluruh

CRI

Hubungan China-Vietanm telah berkembang secara menyeluruh semenjak penormalan hubungan kedua-dua negara pada tahun 1991.

Lawatan pemimpin yang kerap antara satu sama lain telah meningkatkan kepercayaan dan persefahaman dalam bidang politik antara kedua-dua negara. China-Vietnam telah mengeluarkan 3 kenyataan bersama dan 5 pengumuman bersama dalam tempoh 13 tahun yang lalu. Persepakatan yang dicapai dalam dokumen-dokumen penting itu menyediakan asas yang semakin kukuh bagi perkembangan hubungan China-Vietnam dalam pelbagai bidang.

Masalah sempadan antara kedua-dua negara telah diselesaikan secara beransur-ansur. Kerajaan kedua-dua negara telah menandatangani Perjanjian Sempadan Darat pada Disember tahun 1999 dan Perjanjian Sempadan Teluk Beibu dan Perjanjian Kerjasama Perikanan pada Disember tahun 2000. Penyelesaian masalah sempadan itu telah mencerminkan kebijaksanaan pemimpin China-Vietnam untuk mengembangkan hubungan kerjasama dan persahabatan jiran baik dan sesuai dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara. Tentang isu Laut China Selatan pula, China, Vietnam dan pihak berkaitan telah mencapai kata sepakat untuk memelihara situasi stabil di kawasan tersebut. China, Vietnam dan Filipina telah menandatangani perjanjian pada bulan Mac 2005 untuk menjalankan penyelidikan bersama kejadian gempa bumi di Laut China Selatan. Penandatanganan perjanjian itu merupakan tindakan penting dalam "Perisytiharan Tindakan Pelbagai Pihak Laut China Selatan."

Pemimpin kedua-dua negara dalam rundingan yang diadakan pada bulan Julai lalu menyatakan akan mengintensifkan kerjasama dua hala dalam perjanjian yang telah ditandatangani, agar mengekalkan kestabilan dan mewujudkan perkembangan bersama di kawasan sempadan China-Vietnam.

Selain itu, China-Veitnam juga mencapai kejayaan yang membanggakan dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan. Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara terus meningkat dalam tempoh 13 tahun yang lalu, dan jumlahnya mencapai 7 bilion Dolar Amerika pada tahun lalu berbanding lebih 30 juta Dolar Amerika pada tahun 1991.

Barangan utama yang dieksport dari China ke Vietnam ialah, barangan yang diperbuat daripada minyak, peralatan kejuruteraan, besi dan keluli, baja kimia, barangan tekstil, pakaian dan pelbagai jenis kenderaan, di samping itu barangan seperti minyak, arang batu, buah-buahan, getah asli dan bahan galian telah banyak diimport oleh China dari Vietnam. China telah menjadi rakan dagang paling besar bagi Vietnam dan pasaran keempat terbesar bagi negara itu. Jumlah perdagangan China-Vietnam merupakan 13% daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar Vietnam.