|
Pakar undang-undang China baru-baru ini menyatakan, kerajaan China menentang dengan teguh keganasan dan berusaha bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa membanteras keganasan. Kerajaan China sedang menggubal Undang-undang Antikeganasan pada masa ini.
Ketua Pengarah Kesatuan Penyelidikan Perundangan Akademi Perundangan China encik Zhao Bingzhi menyatakan, kerajaan China menentang dengan teguh keganasan dalam sebarang bentuk dan berusaha bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa membanteras jenayah keganasan. China telah menyertai kebanyakan konvensyen antikeganasan antarabangsa, meluluskan "Rang Pindaan Ketiga Undang-undang Jenayah" setelah peristiwa "11 September" berlaku di A.S., memberi tambahan terhadap peraturan undang-undang jenayah tentang jenayah keganasan, pada masa ini, kerajaan China sedang menggubal undang-undang antikeganasan khas. Masyarakat antarabangsa harus mengkaji bersama-sama untuk mencapai kata sepakat tentang standard jenayah keganasan, tindakan hukuman, jaminan hak asasi manusia, kerjasama antarabangsa dan lain-lain.
Menurut beliau, pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan perkembangan proses globalisasi ekonomi yang pesat, jenayah antarabangsa dan transnasional semakin serius, menjejaskan perdamaian dan keselamatan masyarakat antarabangsa dan seluruh manusia dan merupakan faktor yang tidak selaras dengan pembangunan kawalan undang-undang moden dan pembentukan masyarakat antarabangsa yang harmoni.
Beliau menambah, pada tahun-tahun kebelakangan ini, serangan keganasan sering-sering berlaku, termasuk peristiwa "11 September" di A.S., "11 Mac" di Sepanyol dan "7 Julai" di Britain. Bagaimana menghukum dan mencegah dengan berkesan jenayah keganasan telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan kerajaan pelbagai negara.
Setakat ini, masyarakat antarabangsa telah meluluskan 12 konvensyen antarabangsa untuk menghukum jenayah keganasan. Akan tetapi tindakan pencegahan itu kurang sempurna disebabkan kegiatan keganasan bersifat antarabangsa, berorganisasi, kejam, kepelbagaian dan mengakibatkan penjejasan serius.
Dalam Sidang Undang-undang Dunia ke-22 yang akan diadakan pada 3—10 September tahun ini, hampir 1400 pakar dalam dan luar negara akan membincangkan "Undang-undang Jenayah Antarabangsa", "Keganasan Antarabangsa" dan lain-lain.
|