|
Kerajaan bandar Haerbin membangunkan jaringan sebagai saluran baru mengetahui hasrat dan pendapat penduduk di bandar itu. Mereka menyediakan ruangan seperti "Pendapat Penduduk", "Peti Surat Datuk Bandar", "Dialog Kerajaan-Penduduk" dan lain-lain di laman web "Haerbin China" untuk berhubung dengan para penduduk menerusi laman web. Cara ini disambut oleh para penduduk.
Laman web "Haerbin China" kerajaan bandar Haerbin membuka ruangan "Peti Surat Datuk Bandar" pada bulan Oktober tahun 2003. Ruangan itu diselenggarakan dengan mekanisme pengurusan surat dan kunjungan penduduk. Apa bila ruangan itu dibuka, banyak surat penduduk telah diterima.
Pada 8 Februari tahun ini, penduduk di kawasan kediaman penduduk Min'an daerah Daoli bandar Haerbin memberitahu pegawai kerajaan dengan melayani ruangan "Peti Surat Datuk Bandar" bahawa tidak terdapat air dalam saluran paip di kawasan kediaman mereka dari pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang. Setelah mendapat maklumat itu, pegawai Kumpulan Bekalan Air Bandar Haerbin bersama-sama dengan Jabatan Bomba berusaha membaikpulih saluran paip dan berjaya membekalkan air semula pada 8:30 malam.
Berdasarkan maklumat pegawai yang menguruskan surat di Jabatan Pengurusan Surat dan Kunjungan Bandar Haerbin, berdasarkan peraturan berkaitan, masa untuk menguruskan surat dan kunjungan penduduk awan di pelbagai jabatan ialah 60 hari kerja. Disebabkan bantuan laman web, masa pengurusan tersebut telah dikurangkan kepada 30 hari. Pada tahun 2004, jumlah e-mail menduduki 10% daripada jumlah surat yang diterima oleh pegawai tersebut, angka itu menduduki 25% pada lapan bulan pertama tahun ini. Pada masa ini, 4000 hingga 5000 pengguna melayani laman web "Peti Surat Datuk Bandar".
Selain itu, laman web "Haerbin China" juga membuka ruangan "Pendapat Penduduk" untuk menyelesaikan masalah penduduk tempatan. Setakat 15 Julai tahun ini, lebih 3100 surat telah diterima menerusi laman web itu, 81% surat telah dibalas oleh pegawai pelbagai jabatan kerajaan.
|