Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-12 15:38:20    
Pengenalan tentang Perkembangan Syarikat Wal-Mart di China

CRI

Syarikat Wal-Mart Amerika Syarikat merupakan syarikat jualan runcit terbesar di dunia dan jumlah jualan tahunnnya melebihi 280 bilion dolar Amerika. Pada tahun 1996, syarikat itu membuka rangkaian pasar rayanya di China dan berkembang dengan sangat cepat.

Terdapat lebih 2O ribu jenis barangan dari pelbagai tempat di dunia yang dijual di Rangkaian Pasar Raya Wal-Mart untuk pilihan para pelanggan. Selain itu, perkembangan pasar raya tersebut di kawasan kediaman penduduk sangat memudahkan penduduk tempatan.

Dalam sektor jualan runcit, harga merupakan faktor yang penting yang menentukan kejayaan sesuatu perusahaan. Syarikat Wal-Mart telah menawarkan "harga rendah" kepada para pelanggan. Pegawai Syarikat Wal-Mart Encik Xu Jun memaklumkan kepada wartawan: "Syarikat kami menjimatkan perbelanjaan dalam pelbagai aspek agar labihan peruntukan itu dapat kami manfaatkan untuk kepentingan para pengguna yang membeli-belah di rangkaian pasar raya Wal-Mart dalam jangka masa panjang".

Encik Xu Jun berkata, Pada masa ini, Syarikat Wal-Mart memiliki 5 ribu rangkaian pasar raya di 10 buah negara di dunia dan dikunjungi oleh kira-kira 140 juta orang pelanggan seminggu. Syarikat itu membuka rangkaian pasar rayanya di sesebuah negara di dunia berdasarkan keadaan pasaran, kebudayaan dan pengguna tempatan dan berusaha untuk memenuhi keperluan para pengguna.

Beliau berkata: " Di Amerika Syarikat, kebanyakan pasar raya Wal-Mart dibuka di pinggir bandar, sebab rakyat Amerika Syarikat suka pergi membeli-belah dengan memandu kereta sendiri, tetapi di China, banyak pasar raya Wal-Mart dibuka di kawasan bandar, kerana ramai pengguna pergi membeli-belah dengan berjalan kaki atau menaiki bas dan berbasikal".

Difahamkan, semua rangkaian pasar raya Wal-Mart dan pusat pembeliannya di China dijalankan oleh kakitangan China. Naib Pengarah Urusan Sejagat Wal-Mart Encik John B.Menzer berkata: "Cawangan Syarikat Wal-Mart di China mempunyai 25 ribu orang kakitangan China termasuk 5 warga asing dan semua pengurus pasar raya itu adalah warga China. Jika kakitangan China bekerja dengan tekun, mereka berpeluang naik pangkat".

Profesor Zhu Mingxia yang bertugas di Universiti Perdagangan Luar China berkata, mengupah kakitangan tempatan berfaedah bagi meningkatkan kedudukan Syarikat Wal-Mart di kalangan pelanggan, ini amat penting bagi sektor jualan runcit. Beliau mencadangkan lebih banyak tenaga profesional China menjadi pengurus Syarikat Wal-Mart di China.

Selain itu, Syarikat Wal-Mart dapat mengekalkan menduduki tempat pertama dalam sektor jualan runcit sejagat kerana syarikat itu mempunyai sistem pengedaran barangan yang cekap, menubuhkan pusat pembelian, menyediakan perkhidmatan pembelian secara intensif pelbagai pasar raya dan berusaha mengurangkan kos pengedaran barangan. Kini, Syarikat Wal-Mart memiliki dua pusat pembelian pengedaran barangan yang terletak di Shenzhen dan Tianjin.

Naib Pengarah Urusan Sejagat Wal-Mart Encik John B. Menzer berkata, kami akan menyediakan teknologi tinggi kepada pembekal supaya mereka dapat mengetahui keadaan barangan di pasaran melalui internet dari Pusat Pengedaran Barangan agar pembekal dapat merancang pengeluaran berdasarkan perniagaan barangan mereka.

Dimaklumkan, jumlah pembelian barangan tahunan Syarikat Wal-Mart di China menduduki tempat pertama dari segi jumlah pembelian barangan keseluruhan syarikat tiu di dunia. Encik John B. Menzer menjelaskan: "Pada tahun 2004, Syarikat Wal-Mart telah membeli barangan China bernilai 18 bilion dolar Amerika untuk dipasarkan di pasar raya Wal-Mart di pelbagai negara di dunia. Tindakan ini bermanfaat bagi barangan China dapat dibeli oleh lebih banyak pelanggan di dunia dan juga dapat mendorong perkembangan industri pengeluaran China dan memberi sumbangan bagi pertumbuhan ekonomi China.

---- Wang Ling