China dan ASEAN melaksanakan dasar menurunkan tarif 7000 barangan antara satu sama lain pada 20 Julai. Bandar Nanning ditetapkan sebagai tuan rumah tetap Ekspo China-ASEAN, oleh itu, barangan negara ASEAN mempunyai ruang pasaran besar di bandar Nanning.
Kalau saudara berkunjung ke kompleks membeli-belah bawah tanah stesen kereta api bandar Nanning, saudara mendapati ramai penjual sedang menjual pakaian bercorak negara ASEAN seperti batik Indonesia dan fesyen pakaian Thailand. Dimaklumkan, kompleks membeli-belah tersebut telah dibuka selama setahun dan menarik ramai penduduk tempatan bandar Nanning dan pelancong asing. Kalau mereka ingin membeli pakaian isitimewa Asia Tenggara, tidak perlu melancong ke negara asing dan boleh membeli pakaian yang memuaskan hati di sana. Wartawan mendapati pakaian yang dijual di kompleks membeli-belah tersebut berwarna-warni, harganya antara 150-300 yuan RMB.
Difahamkan, disebabkan pakaian tersebut kaya dengan keistimewaan Asia Tenggara, pelancong asing suka membeli pakaian negara ASEAN sebagai cenderamata.
Selain pakaian Asia Tenggara, makanan Vietnam juga diminati ramai di bandar Nanning. Dimaklumkan, kebanyakan pelanggan adalah penduduk tempatan, manakala pelancong asing juga suka membeli makanan Vietnam untuk dihadiahkan kepada saudara mara.
Ramai penduduk Nanning juga meminati batu jed Myanmar. Di kompleks membeli-beliah tersebut juga menjual barangan hiasan batu jed dan emas Myanmar. Ramai penduduk Nanning berpendapat batu jed dan emas Myanmar bermutu tinggi dan murah harganya. Rantai, gelang tangan buatan batu jed Myanmar dan barangan hiasan emas laris dijual di sini.
Buah-buahan ASEAN pelbagai jenis juga mendapat sambutan baik penduduk Nanning. Beberapa pasar raya di Nanning membuka kaunter khas untuk menjual buah-buahan negara ASEAN. Di kaunter khas buah-buahan import pasar raya Wal-Mart, durian, manggis, limau abung, 'Dragon Fruit' dan lain-lain, walapun harganya agak mahal, tetapi laris dibeli oleh penduduk tempatan. Encik Liang sambil memilih buah-buahan sambil memberitahu wartawan bahawa, "buah-buahan Asia Tenggara sangat menarik, rasanya sangat sedap, saya selalu membeli durian dan manggis."
Dasar menurunkan tarif 7000 jenis barangan itu berfaedah bagi rakyat. Naib Presiden Akademi Sosial Guangxi China yang juga Naib Ketua Pusat Kajian Asia Tenggara China Dr. Gu Xiaosong semasa diwawancara menyatakan bahawa pelaksanaan dasar keutamaan tarif tersebut akan mendorong peningkatan jumlah perniagaan dua hala dan memberi faedah kepada rakyat.
Beliau menjelaskan, faedah bagi rakyat ialah mereka boleh memilih lebih banyak jenis barangan dengan harga yang rendah. Dr. Gu Xiaosong memberitahu wartawan bahawa 7000 jenis barangan tersebut terutamanya dari Thailand, Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei.
|