Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-15 10:19:09    
Semakin Ramai Pemuda China Berniaga Atas Inisiatif Sendiri

CRI

Berdasarkan laporan kajian tentang peluang kerja di kalangan pemuda China yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan semakin ramai pemuda China berniaga atas inisiatif sendiri, pertubuhan pemuda China juga menyediakan pelbagai bantuan kepada mereka.

Untuk mendapat maklumat tentang pemuda China mendapat peluang kerja, Insititut Sains Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China dan jabatan lain melaksanakan bersama kajian di empat bandar, antaranya Dalian, Tianjin, Changsha dan Liuzhou. Mereka memilih 7000 pemuda yang berumur antara 15 hingga 29 tahun untuk melaksanakan kajian tersebut. Berdasarkan keputusan kajian itu, lebih 20% pemuda berniaga atas inisiatif sendiri, kebanyakan mereka berniaga secara sukarela, hanya 15% pemuda sahaja berniaga disebabkan tidak mendapat peluang kerja lain.

Pegawai Insititut Sains Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China puan Zhang Libin menjelaskan,

"Para pemuda berniaga atas inisiatif sendiri disebabkan masa kerja di perusahaan mereka tidak tetap, perusahaan diuruskan secara bebas dan pendapatan mereka lebih tinggi. Berdasarkan keputusan kajian itu, kebanyakan perusahaan mereka mencapai kejayaan, hanya 2% perusahaan mengalami kerugian."

Menurut puan Zhang, masalah-masalah tersebut antaranya maklumat terhad, teknologi tidak tinggi dan kekurangan modal berlaku dalam perniagaan mereka. Pertubuhan pemuda China, Persekutuan Pemuda Seluruh China telah mengambil beberapa tindakan pada tahun-tahun kebelakangan ini untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Pegawai pertubuhan itu encik Zhou Qiang memaklumkan,

"Kami melaksanakan pelbagai tindakan untuk melatih tenaga profesional muda dan membantu mereka berniaga, antaranya menyediakan latihan teknologi, perkhidmatan perantaraan untuk membantu mereka mendapat peluang kerja. Setelah menhjalani latihan dan menerima bantuan, seramai lebih 80 ribu pemuda berjaya menyelenggarakan perusahaan mereka."

Menurut Encik Zhou Qiang, dalam tempoh enam tahun yang lalu, usaha tersebut telah menyediakan latihan teknologi kepada hampir 400 ribu pemuda untuk berniaga; di samping itu, Tabung Perniagaan Pemuda China juga ditubuhkan. Setakat ini, jumlah dana tabung tersebut mencatat sebilion Yuan RMB. Pemuda yang berhasrat berniaga boleh memohon mendapatkan pinjaman wang tanpa faedah, cara ini menyelesaikan masalah kekurangan modal mereka.

Selain melaksanakan tindakan membantu pemuda China berniaga, Persekutuan Pemuda Seluruh China juga melaksanakan kerjasama antarabangsa, belajar pengalaman maju negara lain. Pada tahun 2003, Rancangan Antarabangsa Perniagaan Pemuda China mula dilaksanakan. Rancangan itu dilaksanakan dengan merujuk model bantuan di Britain, menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya kalangan industri dan perdagangan menyediakan bantuan khidmatan nasihat, modal, teknologi dan jaringan net kepada pemuda yang berhasrat berniaga.

Pakar Kolej Pengurusan Guanghua Universiti Peking puan Sun Yi menyatakan,

"Perkembangan pemuda berniaga atas inisiatif sendir sesuai dengan hukum perkembangan sosial di China. Perubahan ini mencerminkan ekonomi China semakin rancak dan pemuda boleh melakukan kerja yang mereka ingini."

----Ching