Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-15 10:20:56    
Menantikan Perkhidmatan Perbangan Awam antara Kedua-dua Pantai Selat Taiwan Dibuka

CRI

Encik Zhao Xinyuan, ketua wakil Syarikat Penerbangan Fuxing Taiwan di Beijing selalu menaiki pesawat ke bandar bandar di Tanah Besar China dan Taiwan. Beliau berkata kepada wartawan Agensi Berita China, "Pada masa dahulu, saya mengambil masa 8 jam dalam perjalanan dari Taiwan ke Tanah Besar China, dan sekarang hanya memerlukan 5 jam sahaja, 3 jam lebih cepat berbanding dahulu, masa transit dan menunggu pesawat telah dapat dikurangkan. Saya berasa selesa sekali. Kita kedua-dua pihak bersemangat tinggi sewaktu membuat persiapan untuk mencarter pesawat dari Tanah besar China ke Taiwan semasa Tahun Baru Cina".


Tambah beliau, "jika dapat mengadakan perkhidmatan penerbangan awam antara kedua-dua pantai selat seperti bas awam adalah sangat baik."


Pada 15 Januari 2005, kedua-dua pihak Tanah Besar China dan Taiwan menetapkan rancangan di Makau untuk menyediakan perkhidmatan perbangan carter untuk usahawan Taiwan kembali ke Taiwan semasa Tahun Baru Cina. Encik Zhao Xinyuan dan rakan-rakannya di cawangan Syarikat Penerbangan Fuxing Taiwan di Beijing mulai menangani tugas yang sibuk, antaranya mengemukakan surat permohonan kepada Jabatan Pentadbiran Am Penerbangan Awam China, membantu Syarikat Penerbangan Shanghai China dan Syarikat Penerbangan Xiamen China mempersiapkan pelbagai urusan perkhidmatan tersebut di bandar Kaohsiung dan Taipei, Taiwan, mempersiapkan operasi penerbangan pertama dan mendaftar senarai penumpang.
Dalam tempoh 2 minggu sahaja, mereka berjaya menyelesaikan semua tugas itu.


Zhao Xinyuan berpendapat bahawa kejayaan tersebut adalah kerana kerjasama yang baik staf syarikat penerbangan kedua-dua pihak dan pengalaman yang dipelajari daripada perkhidmatan mencarter pesawat semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2003. Beliau berkata, "Kami berusaha bekerjasama erat menjayakan penerbangan carter itu. Pengalaman yang dipelajari daripada penerbangan carter yang lalu juga menjadikan kita memahami dan mudah mencapai kata sepakat dengan cepat sewaktu berunding urusan itu."


Berbanding 138 orang penumpang yang menaiki sebuah pesawat dari Shanghai ke Taiwan pada tahun 2003, pada tahun ini, Syarikat Penerbangan Fuxing Taiwan menggunakan 4 pesawat membawa 681 orang penumpang dari Shanghai ke Kaohsiung dan dari Guangzhou ke Taipei. Syarikat itu juga berjaya mengatasi kerugiannya dan mulai memperoleh keuntungan.


Zhao Xinyuan berkata, beliau berhasrat agar kedua-dua pantai selat Taiwan memjalankan perkhidmatan penerbangan yang normal dan menyediakan operasi perkhidmatan yang kerap seperti "bas awam". Beliau berkata, "Pada masa ini, dari Beijing ke Hong Kong dan dari Shanghai ke Hong Kong, terdapat perkhidmatan pesawat sejam sekali, saya berpendapat perkhidmatan penerbangan seumpama itu yang berfungsi sebagai "bas awam" juga boleh disediakan dari Taipei ke Shanghai."


Zhao Xinyuan memaklumkan bahawa berdasarkan statistik, jumlah penumpang yang menaiki pesawat berulang alik antara kedua-dua pantai Selat Taiwan mencatat kira-kira 3 juta orang setiap tahun. Jika perkhidmatan pesawat carter dapat disediakan pada hari perayaan, bahkan dijadikan perkhidmatan normal iaitu penerbangan secara langsung, usahawan Taiwan boleh bertolak ke Tanah Besar China menangani urusan kerja pada sebelah pagi dan boleh kembali ke rumahnya untuk menikmati makan malam. Semasa hujung minggu, penduduk Taiwan juga boleh membawa keluarga mereka melancong ke Shanghai atau Beijing selama 2 hari satu malam.

 

----AZMI