Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-15 10:32:52    
China Tingkatkan Latihan terhadap Guru Sekolah Rendah dan Menengah

CRI

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jabatan pendidikan China mengadakan kursus latihan guru untuk meningkatkan taraf pendidikan peringkat asas. Kursus latihan diadakan kepada semua guru di sekolah rendah dan menengah sekali setiap lima tahun di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan mereka.

Perkembangan sosial amat pesat pada masa ini, maklumat dan pengetahuan baru bertambah banyak. Pengetahuan yang dikuasai oleh para guru pada masa duhulu tidak cukup lagi. Sehubungan dengan itu, kerajaan banyak negara menumpukan perhatian terhadap latihan guru. Disebabkan pendidikan sekolah rendah dan menengah merupakan pendidikan asas, latihan terhadap guru sekolah rendah dan menengah tersebut diutamakan di China.

Pegawai Kementerian Pendidikan China encik Tang Jingwei memaklumkan,

"Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kami semakin menyedari meningkatkan keupayaan guru amat penting bagi meningkatkan taraf dan kualiti pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerajaan China menumpukan perhatian menyediakan pendidikan lanjutan kepada para guru bagi meningkatkan taraf pendidikan China."

Pada masa ini, sistem pendidikan lanjutan guru sekolah rendah dan sekolah menengah telah dibentuk di China. Dalam "Undang-undang Guru", ditetapkan menyertai latihan merupakan tanggungjawab dan kewajipan para guru. Kandungan latihan tersebut meliputi menggalakkan para guru bekerja dengan bersungguh-sungguh, menyediakan kursus latihan profesional dan membantu mereka memperbaiki cara pengajaran.

Terdapat seramai lebih 10 juta guru yang bertugas di sekolah rendah dan menengah di China pada masa ini. Kursus latihan diadakan di universiti perguruan di pelbagai tempat di China, yuran latihan ditanggung oleh kerajaan tempatan pelbagai peringkat. Kerajaan China mengutamakan latihan guru di desa kerana taraf pendidikan di sana rendah.

Kaunti Miyun terletak di kawasan luar bandar Beijing. Taraf pendidikan di kaunti itu tidak tinggi kerana kawasan itu merupakan kawasan pergunungan dan kemudahan perhubungan di sana kurang maju. Pegawai pusat latihan guru di kaunti itu encik Ma Wenzhao menyatakan,

"Meningkatkan taraf pendidikan para guru amat penting bagi meningkatkan taraf pendidikan wajib di desa. Sehubungan dengan itu, pegawai suruhanjaya pendidikan di bandar dan kaunti kami berusaha meningkatkan taraf pendidikan para guru."

Encik Han Chunhe mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Mujiayu kaunti Miyun selama 20 tahun. Pada masa ini, beliau sedang menyertai latihan. Beliau berkata,

"Cara latihan ini berbeza dengan latihan lain. Kami boleh belajar menerusi komputer di rumah. Jika ada soalan, kami boleh mengemukakannya kepada pensyarah dalam kuliah yang diadakan dua minggu sekali."

Puan Wang Hailian bertugas di Sekolah Rendah Pusat Shilipu kaunti Miyun. Beliau mengajar bahasa Inggeris. Beliau menyertai kursus latihan di bandar Beijing sehari seminggu. Perjalanan ulang alik dari kaunti Minyun ke bandar Beijing sejauh lebih 200 kilometer. Beliau amat letih bertugas di sekolah sambil belajar. Akan tetapi beliau berpendapat latihan itu sangat berharga. Beliau menyatakan,

"Kursus latihan ini bermanfaat bagi meningkatkan taraf pengajaran kami. Taraf bahasa lisan saya telah meningkat setelah saya menyertai latihan itu."

----Ching