Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China Wang Zhifa semalam di bandar Guiyang, Provinsi Guizhou di bahagian barat daya China memaklumkan, pada masa ini, industri pelancongan China sedang berkembang pesat, dalam tempoh 5 tahun bermula pada tahun 2006 hingga 2010, China akan secara menyeluruh mempercepat langkah pembangunan industri pelancongan dan beransur-ansur menjadi negara maju dalam bidang pelancongan di seluruh dunia.
Semasa menghadiri sidang akhbar di Guiyang, Wang Zhifa berkata, pada tahun 2004, China telah menduduki tempat ke-4 dan ke-7 di seluruh dunia dalam aspek jumlah pelancong dan pendapatan wang asing. Pendapatan keseluruhan industri pelancongan negara China menduduki lebih 5% Keluaran Dalam Negara Kasar.
|