1Menurut Harian Renminribao China hari ini, kerajaan bandar Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet China memaklumkan baru-baru ini bahawa Dewan Negara China telah mewartakan secara rasmi 2 zon perlindungan alam peringkat negara termasuk Paya Lalu di Tibet.

Sehubungan dengan itu, jumlah zon perlindungan alam peringkat negara di Tibet berjumlah 9 buah.

Difahamkan bahawa pada masa ini, di Paya Lalu terdapat 43 jenis binatang liar termasuk bangau leher hitam dan helang Hutujiu, 152 jenis binatang air dan 101 jenis serangga.

|