Wakil kerajaan Indonesia dan kumpulan pemisah "Gerakan Aceh Merdeka" menandatangani perjanjian damai di Helsinki, Finland semalam. Penganalisis berpendapat, pelaksanaan perjanjian tersebut merupakan tugas yang sangat berat, tetapi penandatanganan perjanjian tersebut berkemungkinan akan membawa perdamaian berkekalan di kawasan Aceh.
Menteri Kehakiman dan Hak Asasi Manusia Indonesia Hamid Awaluddin dan pemimpin "Gerakan Aceh Merdeka" Malik Mahmud masing-masing menandatangani perjanjian tersebut semalam. Mantan Presiden Finland Martti Ahtisaari yang mempengerusi rundingan damai itu menghadiri upacara penandatanganan tersebut.
Berdasarkan perjanjian damai itu, Gerakan Aceh Merdeka berjanji melepaskan tuntutan kemerdekaan dan akan melaksanakan gencatan senjata dan menyerahkan senjatanya sebelum 31 Disember tahun ini; pihak kerajaan Indonesia juga akan mengundurkan pasukan tentera dan sebahagian anggota polis di Aceh; selepas itu, kerajaan akan memberi pengampunan khas kepada anggota kumpulan itu yang tidak terlibat dalam aktiviti jenayah dan mengizinkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Kedua-dua pihak menegaskan semula dalam perjanjian itu, akan menyelesaikan konflik Aceh secara damai dan menyeluruh, dan akan segera menyelesaikan aktiviti kekerasan selepas perjanjian itu ditandatangani. Selain itu, perjanjian itu juga menetapkan pentadbiran di provinsi Aceh, menjamin hak asasi manusia dan penubuhan kumpulan penyeliaan pelaksanaan perjanjian damai Aceh.
Aceh terletak di wilayah paling barat Indonesia, kaya dengan hasil minyak dan gas asli dan merupakan salah satu provinsi yang kaya sumber alam di Indonesia. Gerakan Aceh Merdeka yang ditubuhkan pada tahun 1976 menuntut kemerdekaan dengan dalih pembahagian sumber alam negara tidak selaras. Selepas itu, konflik antara tentera kerajaan Indonesia dan kumpulan pemisah tidak pernah berhenti, rundingan kedua-dua pihak pada setiap tahun tidak mencapai kejayaan. Pada awal tahun ini, rundingan mereka mulai menampakkan perubahan. Melalui rundingan 5 pusingan, Gerakan Aceh Merdeka ahkirnya melepaskan pendirian untuk merdeka dan bersetuju menyelesaikan masalah Aceh berdasarkan satu negara Indonesia.
Aktiviti pemisahan Aceh bukan hanya merupakan masalah suku yang menyusahkan Indonesia dalam masa panjang, tetapi juga memberi pengaruh yang negatif terhadap aktiviti pemisahan di negara jiran. Kerana itu, masyarakat antarabangsa memberi penghargaan dan penilaian yang tinggi terhadap penandatanganan perjanjian itu. Untuk menjamin perjanjian itu dijalankan dengan lancar, lebih 200 pemerhati dari 5 negara anggota ASEAN dan Kesatuan Eropah berturut-turut tiba di Aceh, Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia juga menghantar delegasi pemantau perjanjian tersebut.
Penganalisis berpendapat, penandatanganan perjanjian itu adalah tahap pertama Aceh mewujudkan perdamaian berkekalan, tugas yang lebih berat ialah kedua-dua pihak perlu mematuhi perjanjian itu. Pertama, ini kerana amai pemimpin Gerakan Aceh Merdeka tinggal di luar negara dalam tempoh yang panjang, manakala kumpulan bersenjata antikerajaan dan rakyat tempatan tinggal bersama di kawasan pergunungan secara berkumpulan, sama ada mereka dapat menlaksanakan perjanjian yang ditandatangani oleh pemimpin mereka atau tidak masih tidak dapat dipastikan.
Kedua, bagaimana menyediakan pampasan terhadap anggota kumpulan itu yang diberi pengampunan khas juga merupakan masalah yang sukar. Jika mereka tidak mendapat hak mereka, mereka sukar kembali ke pangkuan masyarakat.
Ketiga, kumpulan itu juga memerhatikan bagaimana kerajaan Indonesia memberi pengampunan khas terhadap anggotanya dan memulihkan hak politiknya, bagaimana membangunkan Aceh serta bagaimana mengundurkan tentera dari Aceh. Jika salah satu pihak menjejaskan perjanjian itu, proses damai akan mengalami halangan.
|