Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-18 10:46:23    
Syarikat Haier Menjadi Syarikat Penaja Peralatan Elektrik Sukan Olimpik Beijng 2008

CRI

Pada pagi 12 Ogos, Syarikat Haier dan Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing menandatangani perjanjian rasmi di bandar Qingdao, Syarikat Haier akan menjadi penaja alat elektrik Sukan Olimpik Beijing 2008.

Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing Encik Wang Wei dalam upacara penandatanganan perjanjian tersebut merakamkan terima kasih kepada Syarikat Haier atas sokongannya menjayakan Sukan Olimpik. Beliau menyatakan kesediaan Syarikat Haier menjadi penaja Sukan Olimpik Beijing 2008 akan memberi pengaruh positif terhadap persiapan Sukan Olimpik dan mendorong pembangunan bandar dan perkembangan ekonomi bandar Qingdao. Melalui Sukan Olimpik, syarikat Haier tentu akan dapat meningkatkan imejnya di China dan seluruh dunia serta mendapat ruang perkembangan yang meluas.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Haier Zhang Ruimin dalam ucapannya menyatakan bahawa keputusan Syarikat Haier mengambil bahagian dalam persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008 merupakan pilihan yang bijak sesuai dengan budaya dan semangat perusahaan Haier. Semangat Sukan Olimpik ialah "lebih pesat, lebih tinggi, lebih hebat" sama seperti slogan syarikat Haier "mencabar diri sendiri dan mencipta". Syarikat Haier akan membekalkan peralatan elektrik dan lain-lain serta menyediakan perkhidmatan yang baik untuk Sukan Olimpik Beijing 2008.

Datuk bandar Qingdao dan pegawai Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, Suruhanjaya Kapal Layar Qingdao dan Syarikat Haier menghadiri upacara penandatanganan tersebut.

Sebagai penaja Sukan Olimpik Beijing 2008, Syarikat Haier akan menyediakan bantuan kewangan, alat elektrik dan perkhidmatan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008, Sukan Paralimpik, Jawatankuasa Sukan Sukan Olimpik Beijing, Jawatankuasa Sukan Olimpik China dan kontinjen China yang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 dan Sukan Olimpik Beijing 2008.

Penaja Sukan Olimpik Beijing 2008 merupakan rakan kerjasama, perusahaan penaja dan perusahaan pembekal. Kini, Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing telah menandatangani perjanjian dengan 9 rakan kerjasama iaitu Bank China, China Netcom, Sinopec China, Nasional Perbadanan Petroleum China, China Mobile, Syarikat Volkswagen, Syarikat Adidas, Syarikat Johnson dan Air China. Empat Syarikat penaja Sukan Olimpik Beijing 2008 ialah Syarikat UPS A.S. Syarikat Haier, Syarikat Bir Tsingdao dan Syarikat Bir Yanjing.

Pada hari yang sama perjanjian tersebut ditandatangani, upacara pelayaran Kapal Layar Qingdao juga diadakan di Pusat Kapal Layar Antarabangsa Qingdao. Bandar Qingdao merupakan bandar rakan Sukan Olimpik Beijing 2008 dan bandar penganjur perlumbaan kapal layar yang sedang mencipta imej sebagai "bandar kapal layar". Kapal layar Qingdao tersebut akan berlayar di pesisir pantai laut timur China untuk mempopularkan pertandingan kapal layar Sukan Olimpik Beijing 2008 dan memperkenalkan bandar Qingdao.

Berdasarkan cadangan, sebelum Sukan Olimpik Beijing 2008, Kapal Layar Qingdao juga akan belayar mengeliling dunia.