China menguatkuasakan Peraturan Pengurusan Sementara Eksport Barangan Tekstil bermula pada 20 Julai untuk melaksanakan kawalan jumlah eksport terhadap beberapa barangan tekstil. Dimaklumkan bahawa China berusaha melaksanakan Perjanjian China-Kesatuan Eropah yang berkenaan. Ini bermanfaat bagi menstandardkan eksport perusahaan tekstil China untuk menyediakan persekitaran perdagangan antarabangsa yang mantap.
Selepas sistem kuota perdagangan barangan tekstil sejagat dibatalkan pada awal tahun ini, jumlah eksport barangan tekstil China ke Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah bertambah banyak, persengketaan perdagangan barangan tekstil antara Amerika Syarikat , Kesatuan Eropah dengan China menjadi lebih serius. Amerika Syarikat secara berturut -turut menghadkan jumlah import 7 jenis barangan tekstil China. Kesatuan Eropah juga mengambil keputusan Eropah baru-baru ini telah mengadakan rundingan untuk memeterai perjanjian perdagangan barangan tekstil pada tiga tahun akan datang. China berjanji akan melaksanakan pengurusan eksport terhadap perdagangan 10 jenis barangan tekstil sebelum akhir tahun 2007. Kesatuan Eropah mengenakan sekatan terhadap barangan tekstil China. Oleh itu, Kementerian Perdagangan China pada malam 19 Jun telah mengeluarkan peraturan pengurusan sementara barangan tekstil dan memaklumkan akan melaksanakan pengurusan izin eksport sementara sejumlah barangan tekstil China ke beberapa negara dan kawasan di dunia.
Ahli penyelidikan Institut Ekonomi dan Politik Dunia Akademi Sains Sosial China Encik Song Hong berkata, peraturan pengurusan itu dilaksanakan berdasarkan perjanjian perdagangan barangan tekstil China –Kesatuan Eropah, iaitu memorandum persefahaman kuota barangan tekstil China-Kesatuan Eropah. Ini bermanfaat bagi menstandardkan eksport perusahaan dalam negara China dan menjamin eksport barangan tekstil perusahaan dalam negara China.
Dimaklumkan bahawa peraturan itu bukan sahaja berkaitan dengan pasaran Kesatuan Eropah, tetapi juga berkaitan dengan semua pasaran sejagat yang menghadkan jumlah eksport barangan tekstil China dan negara yang berjanji membuka pasarannya dengan China yang menuntut China menghadkan jumlah eksport barangan tekstil China ke negara -negara tersebut. China melaksanakan pengurusan izin eksport sementara terhadap barangan tekstil dari negara dan kawasan tersebut berdasarkan peraturan tersebut.
Naib Pengarah Persatuan Perindustrian Tekstil China Encik Gao Yong berpendapat bahawa peraturan tersebut bermanffat bagi menyediakan persekitaran pengeluaran yang positif dan mantap bagi perusahaan pakaian dan tekstil China.
Pengarah Jabatan Perdagangan Dengan Luar Negara Kementerian Perdagangan China Encik Lu Jianhua memaklumkan China bercadang melaksanakan peraturan bagaimana menstandardkan jumlah eksport barangan tekstil sebelum China dan Kesatuan Eropah mengadakan rundingan perdagangan barangan tekstil. Peraturan itu menstandardkan peraturan eksport barangan tekstil.
Pakar berpendapat usaha China melaksanakan pengurusan eksport barangan tekstil membuktikan bahawa China berusaha menghadkan peningkatkan jumlah eksport barangan tekstil dalam negara.
|