Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-20 16:14:53    
China Akan Import Sistem Pengakuan Kelayakan Profesional Antarabangsa

CRI

Menurut berita CRI, berdasarkan maklumat Kementerian Pendidikan China hari ini, China akan mengimport sistem pengakuan kelayakan Profesional antarabangsa untuk membentuk model pendidikan Profesional yang selaras dengan keperluan industri pengeluaran, kalangan perkhidmatan moden dan bercirikan China.

Berdasarkan pegawai Kementerian pendidikan China, seiring dengan penyusunan semula struktur ekonomi dan kemajuan teknologi, permintaan terhadap buruh yang mendapat pendidikan dan latihan akan meningkat. Banyak tenaga kerja yang berasal dari desa untuk bekerja di bandar juga harus mendapat pendidikan profesional dan latihan. Pegawai itu menambah, dalam tempoh tiga tahun yang akan datang, kerajaan China akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 3.6 bilion Yuan RMB untuk meningkatkan pendidikan profesional.