Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-21 18:43:46    
Guangdong, Hong Kong dan Makau Tingkatkan Kerjasama Mencegah Penyakit Denggi

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan maklumat Jabatan Kesihatan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Makau hari ini, jabatan kesihatan Provinsi Guangdong, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Makau akan meningkatkan pertukaran pegawai dan maklumat untuk mencegah dan mengawal penyakit denggi serta mengadakan bersama-sama projek sains dan penyelidikan.

Berdasarkan maklumat, seramai lebih 30 pakar ketiga-tiga tempat itu mengadakan sidang di Makau baru-baru ini, mengadakan pertukaran tentang mekanisme pemantauan penyakit denggi, cara rawatan dan teknologi pemeriksaan di makmal, membincangkan arah kerjasama sains dan penyelidikan.