Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-22 15:12:26    
Pengenalan tentang Kehidupan Lama Tibet

CRI

Biara Minzhulin terletak di Kaunti Zhalang, kawasan Shannan di Wilayah Autonomi Tibet China dan merupakan Kumpulan Ningma iaitu Agama Merah dalam agama Buddha Tibet. Biara Minzhulin bersejarah lebih 300 tahun dan mempunyai 54 orang Lama pada masa ini. Selain kerja rutin yang harus diselesaikan setiap hari, para Lama perlu memikirkan masalah yang paling penting iaiitu bagaimana menjamin pendapatan mereka.

Lama Jiangbaijiancan yang berumur hampir 70 tahun bertugas sebagai Ketua Jawatankuasa Pengurusan Biara Minzhulin. Beliau memaklumkan bahawa pada masa ini, Biara Minzhulin sudah mampu berdikari dan dana pentadbirannya bergantung kepada perniagaan dan hasil yang diusahakan oleh para Lama untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Beliau berkata, "Biara Minzhulin sudah mampu berdikari dan kami terutamanya menghasilkan dupa Tibet. Dupa itu agak terkenal dalam dan luar negara. Kami menugaskan Lama dari biara sendiri menguruskan dan menangani proses penghasilan dupa itu. Perniagaan dupa itu merupakan pendapatan utama di Biara Minzhulin."

Lama Jiangbaijiancan berkata, Biara Minzhulin mempunyai tanah seluas 0.7 hektar untuk menanam bahan makanan dan sayur-sayuran di 2 rumah hijau. Selain itu, di kawasan Biara Minzhulin itu juga terdapat hutan, mereka memelihara 17 ekor lembu susu dan 80 ekor yak, memiliki 3 buah bas untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan membuka 2 buah kedai kecil menjual hasil pertanian dan penternakan tempatan.

Jika termasuk pendapatan yang diperoleh daripada jualan tiket pelancong serta wang sumbangan yang didermakan oleh para penganut agama tersebut, pendapatan Biara Minzhulin mencapai 800 ribu Yuan RMB pada tahun 2004.

Semasa mengadakan wawancara di Biara Minzhulin, wartawan CRI kebetulan menyaksikan para Lama sedang menanti untuk makan tengah hari. Setelah gong dipukul, para Lama mulai berkumpul di depan pintu kantin mengambil makanan.

Lama Cidanwangzhu yang masih muda memberitahu wartawan CRI bahawa beliau berumur 18 tahun dan baru tiba di Biara Minzhulin itu tahun lalu. Beliau diberi 3 mantou dan semangkuk sayur. Jika tidak cukup, boleh ditambah lagi. Menyentuh makanan yang disediakan di Biara Minzhulin, Lama Cidanwangzhu agak berpuas hati tentang hal itu.

Lama Baimakezhu yang berumur 34 tahun sudah bertugas di Biara Minzhulin selama 20 tahun dan menjadi seorang Lama Peringkat Tinggi. Beliau mendapat subsidi daripada Biara Minzhulin sebanyak 50 hingga 60 Yuan RMB setiap bulan dan beliau berpuas hati tentang kehidupan di biara itu. Beliau berkata, "Jawatankuasa Pengurusan Biara Minzhulin biasanya mengundang para Lama di sini mempelajari pengetahuan perundangan dan peraturan 2 kali sebulan, kadang-kadang mereka juga mengajar kami membaca surat khabar."

Dimaklumkan bahawa kebanyakan biara Lama di Tibet sudah berkemampuan berdikari pada masa ini dan kehidupan para Lama itu semakin bertambah baik dengan ketara.

Biara Sangye bukan sahaja menyediakan perkhidmatan sewa kereta kepada para pelancong, tetapi juga membuka restoran dan hotel di biara itu. Di Biara Zhashilunbu, antara lebih 800 orang Lamanya, ada yang bertugas di kilang perabot dan juga ada yang menyediakan perkhidmatan pelancongan kepada orang ramai.

Lama Basang yang berumur 18 tahun bertugas di Biara Zhashilunbu sejak 5 tahun yang lalu, beliau berkata, "Biara Zhashilunbu sudah boleh berdikari, ramai Lamanya mempunyai kerja. Lebih 500 orang Lamanya terutamanya mempelajari pengetahuan daripada kitab-kitab di biara itu, lebih 300 orang Lama lain terutamanya bertugas dalam bidang perniagaan. Pada pukul 5:30 hingga 8:00 setiap pagi, mereka membaca kitab, dan mulai bekerja selepas pukul 9:00 pagi."

----AZMI