Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-22 15:00:24    
Kapal Buatan China akan Menempati 18% Kuota Pasaran Dunia

CRI

Naib Menteri Suruhanjaya Sains, Teknologi, Industri Pertahanan China encik Zhang Guangqin dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing baru-baru ini menyatakan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, industri pengeluar kapal China berkembang pesat, jumlah kapal yang dikeluarkan pada tahun ini dijangka akan menempati kira-kira 18% kuota pasaran dunia.

Pada masa ini, kargo terutamanya diangkut menggunakan kapal di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, perkembangan secara berterusan industri pengeluar kapal amat penting dalam pasaran perkapalan dunia, ini menjadi faktor penting mendorong perkembangan industri pengeluar kapal China. Selain itu, pengangkutan menggunakan kapal juga diperlukan dalam pembangunan ekonomi nasional China. Berdasarkan statistik kastam China, pada tahun 2004, jumlah import-eksport perdagangan luar China mencatat 11 ribu bilion dolar Amerika. Sejumlah besar kargo tersebut diangkut menggunakan kapal. Atas dorongan pasaran dalam dan luar negara, industri pengeluar kapal China berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, jumlah pengeluaran kapal di China meningkat 26% purata tahunan; pada tahun 2004, jumlah kapal yang dikeluarkan mencatat 8.8 juta tan, menempati 14% kuota pasaran dunia.

Encik Zhang Guangqin menyatakan, industri pengeluar kapal China akan berkembang pesat pada tahun ini.

"Jumlah pengeluaran kapal China menduduki tempat ketiga dalam senarai negara pengeluar kapal dunia dalam tempoh 10 tahun berturut-turut. Dijangka jumlah pengeluaran kapal pada tahun ini akan melebihi 10 juta tan, menempati kira-kira 18% kuota pengeluaran kapal dunia."

Pada masa ini, China boleh membuat pelbagai jenis kapal yang bertaraf antarabangsa dan boleh belayar di sebarang lautan; taraf pembuatan peralatan kapal China telah mencapai atau hampir mencapai taraf negara maju. 70% ke atas kapal buatan China adalah tempahan negara asing. Pada masa ini, kapal buatan China telah dijual ke lebih 110 buah negara dan kawasan, termasuk negara maju antaranya A.S, Jepun, Jerman, Perancis dan Kanada.

Encik Zhang Guangqin menyatakan, dalam pembangunan industri pengeluar kapal China, kerajaan China menumpukan perhatian terhadap kerjasama dengan negara lain. Dalam tempoh lebih 20 tahun lalu, kerajaan China telah memindahkan lebih 100 teknologi mengeluar dan mereka bentuk kapal dan kemudahan kapal, membentuk mekanisme dialog antara kerajaan dengan Kesatuan Eropah, Republik Korea dan Jepun dalam bidang pengeluaran kapal. Beliau menyatakan, di samping meningkatkan kerjasama antarabangsa, China juga berusaha mengembangkan teknologi pengeluaran kapal negara sendiri.

"Kemajuan teknologi memainkan peranan penting untuk mempercepat pembangunan industri pengeluar kapal. Pada masa ini, kami mencapai kejayaan dalam bidang mereka bentuk dan membuat kapal berteknologi tinggi. Misalnya, kapal gas asli cecair sedang dibangunkan, kami telah menerima tempahan kapal kontena kelas 8000 unit yang direka bentuk oleh China, baru-baru ini kami juga menerima tempahan kapal kontena kelas 10000 unit."

Encik Zhang Guangqin menyatakan, sejumlah besar teknologi, dana dan tenaga kerja diperlukan untuk mengembangkan industri pengeluar kapal. China mempunyai tiga syarat tersebut pada masa ini, sehubungan dengan itu, industri pengeluar kapal China berada dalam tempoh perkembangan yang pesat. Beliau menyatakan, industri pengeluar kapal akan mencapai kejayaan baru dalam 10 tahun yang akan datang."

----Ching