Kerajaan China mengeluarkan beberapa dasar baru-baru ini menggalakkan siswazah bekerja di pejabat cawangan pelbagai kementerian di kawasan desa setelah tamat pengajian di universiti. Dasar tersebut dialu-alukan oleh ramai siswazah. Ramai antara mereka menyatakan, bekerja di pejabat cawangan pelbagai kementerian di kawasan desa bermanfaat bagi negara dan diri mereka sendiri.
Pada masa dahulu, jumlah lepasan siswazah tidak terlalu ramai setiap tahun di China, kebanyakan siswazah memilih bekerja di bandar sederhana dan besar yang ekonominya agak maju. Mereka ingin bekerja di perusahaan besar atau perusahaan modal asing, bertugas sebagai kakitangan di jabatan kerajaan, jabatan penyelidikan sains atau bertugas sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi. Kebanyakan mereka tidak ingin bekerja di pejabat cawangan pelbagai kementerian di pekan, tempat kediaman penduduk dan lain-lain. Ini menyebabkan jumlah pekerja di kawasan barat yang ekonominya mundur semakin berkurangan.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan perkembangan pendidikan institusi pengajian tinggi di China, jumlah siswazah meningkat dengan pesat, jumlah siswazah meningkat daripada lebih satu juta pada tahun 1999 kepada 3.38 juta pada tahun ini. Ini menyebabkan para siswazah sukar mendapat peluang kerja. Walaupun demikian, jumlah siswazah yang ingin bekerja di pejabat cawangan pelbagai kementerian di luar bandar atau berkerja di kawasan bahagian barat China kekal tidak ramai. Manakala sejumlah besar tenaga profesional diperlukan dengan mendesak bertugas di kawasan bahagian barat, desa atau pejabat cawangan pelbagai kementerian di China.
Naib Menteri Personel China encik Hou Jianliang menyatakan,
"Untuk menyelesaikan masalah itu, kerajaan harus mengubah konsep pilihan kerja siswazah, menggalakkan mereka bekerja di kawasan bahagian barat dan desa yang ekonominya mundur. Tindakan ini bukan sahaja bermanfaat bagi menyelesaikan masalah jumlah peluang kerja tidak mencukupi, tetapi juga menghantar tenaga profesional ke tempat yang diperlukan."
Berdasarkan kaji selidik, siswazah enggan bekerja di pejabat cawangan pelbagai kementerian kerana taraf pendapatan di kaunti dan pekan jauh lebih rendah daripada di bandar besar. Sehubungan dengan itu, kerajaan China mengeluarkan dasar baru untuk menggalakkan para siswazah bekerja di pejabat cawangan itu. Berdasarkan dasar tersebut, kerajaan akan membantu siswazah membayar pinjaman yuran pengjian jika mereka bekerja secara sukarela di kawasan yang ekonominya mundur; kadar gaji siswazah meningkat tinggi jika mereka bekerja di kawasan terpencil di bahagian barat setelah tamat dari universiti.
Dasar tersebut menarik perhatian para siswazah. Para siswazah mendapat tahu dasar tersebut melalui pelbagai saluran dan beberapa orang antara mereka berazam bekerja di pejabat cawangan pelbagai kementerian di kawasan desa. Encik Han Fei ialah graduan Universiti Pertanian Beijng. Beliau bersedia bekerja di kawasan bahagian barat berdasarkan rancangan perkhidmatan sukarelawan. Beliau berkata,
"Saya akan bekerja di pejabat cawangan pelbagai kementerian di kawasan bahagian barat untuk meningkatkan keupayaan, pengetahuan dan pengalaman. Saya juga berhasrat bekerja di kawasan itu sepanjang hayat kerana tenaga profesional diperlukan bagi menjana pembagnunan di kawasan itu."
Encik Mo Feng ialah graduan Universiti Peking. Beliau berpendapat bekerja di kawasan bahagian barat China merupakan pilihan rasional. Bekerja di kawasan itu, bukan sahaja menyediakan perhidmatan kepada penduduk tempatan, tetapi juga meningkatkan keupayaan diri sendiri.
----Ching
|