Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-22 14:32:58    
China harus Dianggap Sebagai Negara Ekonomi Pasaran

CRI

Berdasarkan statistik terkini yang diumumkan oleh pakar China bahawa taraf ekonomi pasaran China telah banyak meningkat. Menurut standard penilaian antarabangsa, taraf ekonomi pasaran China pada tahun 2003 mencapai 73.8% dan sudah mencapai standard negara ekonomi pasaran.

Semasa menganggotai WTO pada tahun 2001, China dianggap sebagai negara bukan ekonomi pasaran. Oleh itu, anggota WTO yang lain tidak perlu menilai kos barangan buatan China berdasarkan harga barangan itu di China apabila negara itu mengambil tindakan antilambakan terhadap barangan China. Profesor Zeng Xuewen dari Universiti Moral Beijing ketika diwawancara berkata, perkara tersebut menyebabkan barangan buatan China sering mengalami sekatan yang kurang rasional dan adil.

"Memandangkan keadaan sebenar, negara barat memilih negara ketiga dengan sesuka hati, oleh itu, kos barangan buatan China dinilai lebih tinggi, tahap lambakan lebih tinggi berbanding keadaan sebenar. Ini kurang baik bagi barangan eksport dan pelbagai sektor negara China."

Apabila berunding dengan anggota WTO lain, China sentiasa berharap negara lain dengan secepat mungkin mengiktiraf ekonomi pasaran China. Setakat ini, sebanyak lebih 40 buah negara sudah mengiktiraf ekonomi pasaran China, tetapi ada beberapa negara menolak.

Profesor Zeng berkata, berdasarkan standard antarabangsa, kalau taraf ekonomi pasaran sesebuah negara melebihi 60%, negara itu boleh dianggap sebagai negara ekonomi pasaran. Berdasarkan kajian Universiti Moral Beijing baru-baru ini, taraf ekonomi pasaran China pada tahun 2003 sudah mencapai 73.8% dan ini mencerminkan bahawa China sudah mencapai standard negara ekonomi pasaran. Profesor Zeng berkata,

"Taraf ekonomi pasaran negara kita semakin meningkat. Ini dapat dilihat dari pelbagai aspek: pertama, skop penyertaan kerajaan dalam aktiviti ekonomi semakin kurang dan tindakannya semakin rasional. Pada tahun 2002 hingga 2003, Dewan Negara China telah membatalkan 1210 projek. Kedua, ekonomi swasta berkembang pesat. Ketiga, pelbagai faktor pengeluaran seperti tenaga manusia, modal dan tanah dipasarkan. Keempat, iklim perdagangan semakin adil, rintangan perdagangan China semakin kurang, dan kelima, tahap pembukaan sektor kewangan banyak ditingkatkan. Oleh itu, China merupakan negara ekonomi pasaran."

Profesor Zeng berpendapat, ekonomi China bebas pada umumnya dan tidak syak lagi bahawa China merupakan negara membangun yang melaksanakan ekonomi pasaran. Indeks kebebasan ekonomi China sudah melebihi banyak negara membangun yang diiktiraf oleh negara Eropah dan Amerika sebagai negara ekonomi pasaran. Dengan keadaan itu, tindakan tidak mengiktiraf China sebagai negara ekonomi pasaran kurang adil.

Profesor Zeng Xuewen berkata, pelanggan di pelbagai negara di dunia memperoleh manfaat daripada barangan eksport China. Mengiktiraf ekonomi pasaran China dan memberikan layanan yang lebih adil dalam perdagangan dunia boleh memberi faedah kepada China dan negara-negara lain, ia bererti positif bagi pembangunan ekonomi China dan sejagat.

Profesor Zeng menambah bahawa mereka menilai pelbagai indeks ekonomi pasaran China menurut standard antarabangsa seperti standard Eropah dan Amerika dalam tindakan antilambakan, indeks kebebasan ekonomi di arena antarabangsa dan lain-lain.