Menurut Agensi Berita Xinhua China, Syarikat Minyak dan Gas Asli China membida Syarikat Minyak Kazakhstan dengan harga 4.18 bilion dolar Amerika.
Syarikat Minyak dan Gas Asli China mengumumkan maklumat itu semalam di Beijing. Pegawai syarikat tersebut menyatakan bahawa Syarikat Minyak dan Gas Asli China membida Syarikat Kazakhstan berdasarkan kaedah pasaran antarabangsa, ini berfaedah bagi meningkatkan peranan Syarikat Minyak dan Gas Asli China dalam bidang cari gali minyak dan gas asli di Kazakhstan dan mendorong perkembangan ekonomi tempatan.
|