Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-23 16:44:41    
Tibet Merupakan Salah Satu Kawasan Yang Mutu Alam Sekitar Terbaik di Dunia

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, selama 40 tahun sejak Wilayah Autonomi Tibet ditubuhkan, Tibet menggunakan cara menggabungkan pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar untuk memajukan usaha perlindungan alam sekitar Tibet. Setakat ini, Tibet tetap merupakan salah satu kawasan yang mutu alam sekitar terbaik di dunia.

Berdasarkan data, kualiti air dan udara Tibet selalu dipulihara dalam keadaan baik. Kebanyakan hutan, sungai, tasik, padang rumput, paya, glasier, gunung salji , haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar dan lain-lain mendapat perlindungan yang baik. Kebanyakan tasik tetap mengekalkan keadaan asal dan tidak terjejas. Jumlah pelepasan asap dikurangkan dari setahun ke setahun dan di seluruh wilayah Tibet tidak pernah mengalami hujan asid dan kes pencemaran.

Kerja perlindungan Tibet dimulakan pada tahun 1970-an. Pada Julai tahun 1975, Kumpulan Pemimpin Perlindungan Alam Sekitar Wilayah Autonomi Tibet ditubuhkan. Pada awal tahun 1980-an, di Lhasa ditubuhkan pusat pengawasan pertama. Sekarang di semua bandar serta beberapa kaunti telah ditubuhkan badan perlindungan alam sekitar. Badan perlindungan alam sekitar di Tibet telah mencapai 72 buah, dan tenaga profesional sistem perlindungan alam sekitar mencapai leibh 370 orang.

Untuk melindungi alam sekitar ekologi Tibet, pada tahun 2003, Dewan Negara China telah mengeluarkan kertas putih "Pembangunan Ekologi dan Perlindungan Alam Sekitar Tibet", kerajaan Tibet juga meluluskan beberapa rancangan seperti "Rancangan Pembangunan Alam Sekitar Ekologi Wilayah Autonomi Tibet" dan "Rancangan Pembangunan Kawasan Perlindungan Alam Sekitar Wilayah Autonomi Tibet". Kerajaan itujuga mengadakan siasatan terhadap keadaan alam sekitar dan menetapkan kawasan fungsi ekologi.

Sekarang pembangunan kawasan perlindungan fungsi ekologi Tibet telah dimulakan secara menyeluruh, dan pembinaan beberapa kawasan perlindungan alam sekitar telah dilakukan.