Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-25 18:54:56    
Zhao Hongbo, Atlet Terkenal Dunia Ingin Capai Kejayaan Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin

CRI

Kalau saudara meminati acara skating, tentu tidak asing mendengar nama atlet China Zhao Hongbo. Sebagai atlet China yang paling hebat dalam acara skating, Zhao Hongbo dan rakannya Shen Xue telah meraih pingat emas dalam acara skating berpasangan dalam Kejohanan Skating Dunia Berirma 2002 dan 2003. Mereka juga memenangi pingat gangsa dalam pertandingan acara skating berpasangan Sukan Olimpik Musim Sejuk Salt Lake 2002. Shen Xue dan Zhao Hongbo dianggap pesaing yang paling hebat dalam acara skating berpasangan dalam Sukan Olimpik Turin yang akan diadakan pada bulan Februari tahun depan. Akan tetapi, Zhao Hongbo mengalami kecederaan dalam latihan baru-baru ini dan tidak dapat mengikuti latihan dalam tempoh tiga bulan akan datang. Akan tetapi Zhao Hongbo yang berumur 32 tahun tidak melepaskan impiannya mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin.

Dalam tempoh empat hingga lima tahun yang lalu, dalam acara skating berpasangan, atlet China Shen Xue dan Zhao Hongbo, atlet Rusia Elena Berezhnaya dan Anton Sikharulidze dan atlet Kanada Jamie Sale dan David Pelletier dianggap sebagai atlet yang paling hebat di dunia. Pada awal bulan Ogos, pasukan skating berirama China berlatih di bandar Kunming. Dalam latihan pada 5 Ogos, disebabkan Shenxue deman, Zhao Hongbo berlatih bersendirian. Semasa membuat pergerakan sukar, Zhao Hongbo mengamalim kecederaan di kaki. Petang hari itu, beliau kembali ke Beijing dan menerima pembedahan selama empat jam keesokan harinya.

Berdasarkan maklumat jurulatih mereka Encik Yao, Zhao Hongbo akan berehat sekurang-kurangnya tiga bulan, ini bermakna beliau tidak akan mengambil bahagian dalam semua pertandingan sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin termasuk Pertandingan Skating Berirama Dunia. Sama ada beliau boleh menyertai Sukan Olimpik Turin pada awal tahun depan atau tidak bergantung kepada pemulihan kecederaan Zhao Hongbo pada masa itu.

Shen Xue dan Zhao Hongbo telah meraih banyak pingat emas, tetapi hanya kurang pingat emas Sukan Olimpik. Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh beberapa tahun untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik. Kecederaan kali ini merupakan cabaran bagi Zhao Hongbo, tetapi beliau tidak berputus asa dan masih mengekalkan impiannya. Beliau berkata, "Sekarang tinggal setengah tahun lagi Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan. Kecederaan saya kali ini merupakan cabaran besar bagi kami. Akan tetapi kami tidak akan berputus asa, kami berazam mencapai kejayan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk."

Zhao Hongbo bukan sahaja harus segera sembuh kesihatan, tetapi juga harus segera memulakan latihan. Sehubungan dengan itu, jurulatih beliau Encik Yao menyatakan bahawa pasukan skating negara China akan memohon pakar menetapkan program agar kecederaan Zhao Hongbo dapat dipulihkan dengan segera. Beliau berkata, "kami dijangka akan memilih pakar dalam atau luar negara dan membenarkan mereka bertanggungjawab melakukan latihan pemulihan Zhao Hongbo."

Acara skating berpasangan merupakan sukan yang memerlukan persefahaman dua orang, tanpa kehdiran rakan gandingannya, Shen Xue hanya boleh berlatih bersendirian. Beliau menyatakan semasa mengetahui Zhao Hongbo mengalami kecederaan di kaki, beliau tidak dapat menerima kenyataan itu, tetapi sekarang beliau telah menyesuaikan latihanya, beliau berkata, "pada mulanya, saya rasa sangat terkejut, tiada apa yang boleh saya buat. Sekarang saya menjalani latihan bersendirian, Zhao Hongbo melakukan latihan pemulihan, kami berdua akan bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh."

Selepas berkecimpung dalam sukan acara skating selama lebih 20 tahun, impian Zhao Hongbo sekarang ialah meraih pingat emas Sukan Olimpik Musim Sejuk, mari kita sama-sama berdoa semoga beliau segera sembuh.