Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-24 15:36:31    
Hak dan Kepentingan Pekerja Dari Tempat Lain Terjamin di Shenzhen

Agensi Berita China
Menurut Agensi Berita China, hanya membayar sebanyak 4 yuan RMB setiap bulan untuk menerima pengubatan. Inilah mekanisme jaminan pengubatan baru yang didirikan oleh Badan Jaminan Buruh Shenzhen pada awal tahun ini untuk pekerja dari tempat lain di Shenzhen.

Pekerja dari tempat lain merupakan pembina penting dalam pembangunan Shenzhen sejak 25 tahun lalu, Shenzhen juga terus mengambil tindakan, membantu kumpulan kurang upaya, menjamin hak dan kepentingan mereka supaya mereka dapat bersama-sama dengan penduduk Shenzhen menikmati kejayaan pembaharuan dan pembangunan Shenzhen.

Dalam tempoh Tahun Baru China, badan buruh Shenzhen akan mengadakan aktiviti khas "Memeriksa Keadaan Penangguhan Gaji". Dalam aktiviti tahun ini, gaji sebanyak 200 juta yuan RMB bagi 120 ribu orang pekerja telah ditangguhkan di Shenzhen.

"Shenzhen menolak perusahaan yang menangguh gaji". Pemeriksaan penangguhan gaji hanya merupakan satu cara sahaja, kerajaan Shenzhen lebih mementingkan cara menangani gejala itu. Maka itu, mulai 1 Disember tahun lalu, kerajaan Shenzhen melaksanakan "Peraturan Pembayaran Gaji Pekerja Bandar Shenzhen" yang khusus untuk mendenda penangguhan gaji.

Untuk membantu pekerja dari tempat lain dapat mengemukakan dakwaan, bahagian mahkamah Shenzhen menetapkan peraturan pengurangan bayaran dakwaan, antaranya "bantuan kehakiman".

Banyak kawasan perumahan dan perusahaan Shenzhen membangun "rumah pangsa suami-isteri" dan kantin raksasa untuk menyelesaikan kesulitan kehidupan pekerja dari tempat lain. Pelbagai lapisan masyarakat juga berusaha menyelesaikan masalah pendidikan anak pekerja dari tempat lain di Shenzhen. Sekarang, lebih 400 ribu orang anak pekerja dari tempat lain dapat menikmati pendidikan wajib selama 9 tahun, dan pada tahun lalu, peruntukan pendidikan Shenzhen mencapai 4.9 bilion yuan RMB.

keghairahan pekerja dari tempat lain terhadap pembangunan politik dan ekonomi Shenzhen juga meningkat. Kini, antara mereka ada yang dipilih sebagai wakil kongres rakyat dan pekerja teladan.