Menurut Agensi Berita Xinhua China, Setiausaha Parti Komunis China Jawatankuasa Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Encik Cao Bochun semalam menyatakan di Hong Kong bahawa Gungxi sentiasa mengekalkan hubungan kerjasama tradisional dengan Hong Kong. Usaha kerjasama ekonomi Guangxi dan Hong Kong sedang menemui peluang yang baru pada masa kini. Prospeknya amat cerah.
Cao Bochun semasa diwawancara pihak media menyatakan bahawa pelaksanaan strategi pembangunan secara besar-besaran di kawasan barat China semakin meluas. Perkembangan pembentukan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN dan kawasan ekonomi Pan Delta Sungai Mutiara serta kerjasama subkawasan Sungai Mekong juga akan dipertingkatkan. Semua ini akan membawa peluang perkembangan yang besar kepada provinsi Guangxi.
Beliau juga berkata, Guangxi akan terus meningkatkan kerjasama dengan Hong Kong dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan Hong Kong secara menyeluruh dalam bidang pengedaran komoditi, modal, maklumat dan teknologi.
|