|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, industri ketiga iaitu industri komersial, pelancongan, telekomunikasi, kebudayaan, hiburan dan sebagainya berkembang dengan cepat, khususnya industri pelancongan yang berkembang cepat menyebabkan industri ketiga menjadi industri utama di Wilayah Autonomi Tibet.
Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Tibet baru-baru ini memaklumkan, pada tahun lalu, Tibet dikunjungi pelancong dalam dan luar negara seramai lebih 1.22 juta orang, dan pendapatan dalam sektor itu mencatat lebih 36 juta dolar A.S.. Industri telekomunikasi juga telah mewujudkan pembangunan yang cepat. Selain itu, perdagangan luar juga berkembang pesat, dan pendapatan import dan eksport mencatat 224 juta dolar A.S., pasaran eksport dan import telah diperluas di lebih 20 buah negara dan kawasan antaranya Thailand, Jepun, Jerman dan Rusia.
|