|
Menurut berita CRI, untuk mendorong dan menjamin industri penternakan terus berkembang dengan sihat, draf "Undang-undang Penternakan" telah diserahkan kepada sidang Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China yang sedang diadakan. Dimaklumkan, draf itu membetulkan tindakan pengusahaan penternakan dan berusaha menyelesaikan masalah keselamatan mutu barang keluaran ternak, keselamatan ekologi dan lain-lain yang menjadi perhatian umum di China.
Taraf pembangunan penternakan merupakan salah satu tanda penting taraf pembangunan pertanian bai sesebuah negara. Pada tahun lalu, jumlah nilai pengeluaran penternakan China melebihi 120 juta yuan RMB dan menempati 34% daripada jumlah nilai pengeluaran pertanian. Pendapatan penternakan menempati lebih 30% daripada semua pendapatan petani dan penternakan telah menjadi usaha tumpuan ekonomi desa. Oleh itu, China memerlukan sebuah undang-undang penternakan baru untuk mengawal aktiviti penternakan. Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertanian dan Pedesaan Kongres Rakyat Kebangsaan China Encik Shu Huiguo menyatakan dalam sidang tersebut pada 23 Ogos lalu, undang-undang baru itu akan menetapkan peraturan penting yang telah dibuktikan berkesan dalam praktis selama beberapa tahun kebelakangan ini di sisi undang-undang dan meningkatkan pembangunan penternakan.
Selama beberapa tahun kebelakangan ini, masalah keselamatan ekologi juga menjadi perhatian umum. Pengeluaran penternakan China dilakukan dalam skop kecil. Hal itu tidak bermanfaat bagi pencegahan dan pengubatan penyakit haiwan. Dalam undang-undang baru itu terdapat isi untuk memandu pembangunan pengeluaran penternakan dengan skop kecil.
Undang-undang baru itu juga mengandungi isi tentang menjamin mutu barang keluaran penternakan. Selain itu, draf itu juga menyediakan sistem asas pembiakan ternak dan mencegah pemupusan ternak yang berharga di China.
|