|
Menurut Agensi Berita China, kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong semalam mengumumkan laporan ekonomi memaklumkan bahawa kadar peningkatan keluaran dalam negara kasar Hong Kong pada enam bulan pertama tahun ini ialah 6.5%, pertumbuhan ekonomi di Hong Kong memuaskan.
Pegawai kerajaan Hong Kong menyatakan, walaupun pertumbuhan ekonomi Hong Kong pada enam bulan pertama tahun ini memuaskan, tetapi disebabkan pelbagai faktor yang tidak menentu seperti kenaikan harga minyak, kerajaan Hong Kong akan menetapkan kadar peningkatan KDNK tempatan pada 4.5% hingga 5.5% tahun ini.
|