Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-29 14:49:10    
Projek Bekalan Air dari Selatan ke Utara China Jamin Bekalan Air Bersih untuk Penduduk Bandar Beijing

Agensi Berita Xinhua China

Pelaksanaan projek meninggikan empangan Danjiangkou--Projek Bekalan Air dari Selatan Disalirkan ke Utara China fasa pertama garisan tengah akan dimulakan pada bulan Okt. tahun ini. Pegawai kerajaan di kawasan empangan Danjiangkou sedang berusaha menjamin bekalkan air bersih yang mencukupi untuk penduduk bandar Beijing, Tianjin, Provinsi Hebei dan Henan.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Tali Air Sungai Yangtze Kementerian Sumber Air China bahawa hasil pemantauan kualiti air di kawasan aliran Sungai Yangtze China sejak tahun 1980-an, kualiti air di empangan Danjiangkou bersih, selaras dengan standard kualiti air peringkat kedua di muka bumi dan sesuai untuk digunakan dalam pelbagai bidang.

Semasa wartawan mengadakan wawancara di empangan Danjiangkou, beliau menyaksikan air di empangan itu bersih dan jernih, tidak berbeza dengan air yang telah di botol dan dijual di pasaran. Berdasarkan maklumat, air di kawasan pusat empangan itu mencapai standard peringkat pertama dan boleh diminum secara langsung.

Datuk Bandar Danjiangkou encik Guo Xinming menyatakan, untuk menjamin kualiti air di empangan Danjiangkou kekal pada standard kelas kedua, kerajaan bandar itu meningkatkan kawalan pencemaran air, menutup lebih 100 perusahaan kecil yang mengakibatkan pencemaran serius dalam bidang metalurgi, pembuat kertas dan industri kimia; memperuntukkan lebih 20 juta Yuan RMB membangunkan lebih 20 buah kemudahan pencegahan pencemaran air dan meningkatkan penyeliaan dan pengurusan untuk menjamin kemudahan itu beroperasi secara normal.

Kerajaan bandar Danjiangkou juga melaksanakan projek kawalan resapan air dan hakisan tanah, projek perlindungan hutan, projek pembangunan zon perlindungan alam dan lain-lain untuk memperbaiki ekologi alam sekitar di kawasan empangan, sebanyak 2.15 hektar tanah dipulihhara menjadi kawasan hutan daripada tanah pertanian, resapan air dan hakisan tanah seluas 403.93 kilometer persegi berjaya dikawal, kadar litupan hutan meningkat daripada 28.2% kepada 39.3%.

Pengarah Bahagian Perpindahan Penduduk dan Alam Sekitar Pejabat Projek Bekalan Air dari Selatan ke Utara China encik Liu Guohua berpendapat, jumlah penduduk berkurang di kawasan empangan Danjiangkou dan hulu sungainya, sosioekonomi di kawasan itu agak mundur, pencemaran di kawasan aliran sungai tidak begitu serius seperti di kawasan Tasik Taihu yang ekonominya agak maju, asal sahaja menyelesaikan masalah pencemaran yang sedia ada, meningkatkan usaha pencegahan, kualiti air yang baik dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang.

Akan tetapi, encik Liu Guohua juga menyatakan kebimbangan bahawa walaupun jumlah air akan meningkat 29.05 juta meter padu setelah empangan itu ditinggikan dan keupayaan mencegah pencemaran akan meningkat, akan tetapi seiring dengan perkembangan sosioekonomi di kawasan empangan, jumlah pembuangan bahan pencemaran pasti akan meningkat.

Berdasarkan maklumat, pembangunan loji penapisan air kumbahan dan loji pelupusan sampah sarap di bandar kawasan empangan itu tetap mundur.

Menurut pakar berkaitan, peraturan perlindungan air di kawasan punca air harus ditetapkan dengan segera, tindakan pencegahan pencemaran air harus diambil untuk menjamin air di empangan Danjiangkou kekal bersih. Apabila Projek Bekalan Air dari Selatan ke Utara garisan tengah siap dibina pada tahun 2010, penduduk di bandar Beijing, Tianjin, Provinsi Hebei dan Henan dapat bekalan minum air yang bersih.

----Ching