Pada zaman Dinasti Ming iaitu awal abad ke-15, China memiliki teknologi pengeluaran kapal yang paling maju dan armada pelayaran yang paling besar di dunia. Armada itu terdiri daripada lebih 260 kapal layar buatan kayu dan diketuai oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke Asia dan Afrika sebanyak 7 kali. Mereka meningkatkan hubungan persahabatan dan memperkenalkan kebudayaan China semasa singgah di lebih 30 buah negara dan kawasan Asia dan Afrika. Kejayaan pelayaran itu membuktikan teknologi pengeluaran kapal dan keupayaan pelayaran China yang bertaraf tinggi.
Sebenarnya pada zaman Dinasti Song, lebih 400 tahun sebelum Cheng Ho belayar ke Asia dan Afrika, rakyat China sudah mampu membuat kapal yang dapat belayar di laut. Pada zaman Dinasti Ming, teknologi pengeluaran kapal layar buatan kayu di China paling maju di dunia, pada ketika itu, kapal yang dipanggil "Bao Chuan" setinggi lebih 30 meter. Setakat ini, masih belum ada negara mengeluarkan kapal yang lebih tinggi atau fungsinya lebih baik daripada kapal itu.
Akan tetapi, pada zaman moden, teknologi pengeluaran kapal China mundur dengan ketara kerana kapal buatan China pada zaman silam merupakan kapal layar yang digerakkan menggunakan tenaga angin, manakala selepas zaman revolusi industri, kapal yang dikeluarkan oleh negara-negara barat digerak oleh enjin stim dan minyak diesel. Sehubungan dengan itu, China belajar teknologi pengeluaran kapal negara-negara barat pada lebih 100 tahun lalu.
Setelah perkembangan selama lebih satu abad, pada tahun 1990-an, teknologi pengeluaran kapal China baru mulai berkembang, akan tetapi tarafnya kurang tinggi, hanya dapat mengeluarkan kapal kargo yang mengangkut kontena sahaja. Selepas itu, kerajaan China menumpukan perhatian terhadap teknologi pengeluaran kapal dan berusaha melaksanakan inovasi agar teknologi itu mencapai taraf maju di dunia pada masa ini.
Syarikat Kumpulan Industri Pengeluar Kapal China bertanggungjawab terhadap pengeluaran kapal di bahagian selatan China. Pegawai syarikat itu puan Rao Huiqun menyatakan,
"Selain kapal kegunaan awam, kami juga dapat mengeluarkan kapal yang mengangkut kargo dan minyak, kapal yang teknologinya tinggi, misalnya kapal hijau tanpa pencemaran, kapal penumpang dan kargo yang berkuasa tinggi dan lain-lain."
Selain mengeluarkan kapal kegunaan awam, China juga dapat mengeluarkan kapal berdasarkan tempahan. Misalnya, China telah mengeluarkan kapal yang digunakan untuk memasang kincir angin bagi menjana tenaga elektrik di laut kepada Britain. Kapal itu dinilai oleh pakar Britain sebagai salah sebuah antara 10 kapal berteknologi tinggi di dunia.
Kapal itu direka dan dikeluarkan oleh Syarikat Kumpulan Industri Berat Pengeluar Kapal China. Pegawai syarikat itu encik Huang Junmin menyatakan,
"Terdapat 28 institut kajian sains dalam Kumpulan kami, hasil kajian institut tersebut bermanfaat bagi perkembangan syarikat kami. Baru-baru ini, kami meningkatkan kerjasama dengan negara lain dalam bidang teknologi untuk meningkatkan taraf pengeluar kapal."
Semasa menyentuh taraf teknologi pengeluaran kapal China pada masa ini, Naib Menteri Suruhanjaya Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan China encik Zhang Guangqin menyatakan,
"Pada msa ini, kecuali beberapa jenis kapal persiaran mewah, China boleh membuat pelbagai jenis kapal yang bertaraf dunia dan belayar di sebarang lautan."
----Ching
|