Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-29 14:55:18    
Cerita tentang Tentera Sekutu Anti-Jepun di Bahagian Timur Laut China

Agensi Berita Xinhua China

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 kemenangan perang rakyat China menentang pencerobohan tentera Jepun dan perang antifasisi sedunia. Askar veteran Huang Dianjun yang berumur 83 tahun pandai menyanyi lagu Tentera Sekutu Anti-Jepun Bahagian Timur Laut China.

Tentera Sekutu Anti-Jepun Bahagian Timur Laut China merupakan tentera yang paling awal berperang dengan tentera penceroboh Jepun di China. Mereka berjuang selama 14 tahun dan mencipta sejarah cemerlang bangsa China menentang tentera penceroboh Jepun.

Pada 18 September 1931, tentera Jepun melepaskan bedilan meriam terhadap tentera China di bandar Shenyang, Provinsi Liaoning di bahagian timur laut China. Dalam tempoh 3 bulan berikutnya, tentera Jepun telah menduduki ketiga-tiga provinsi di bahagian timur laut China iaitu Heilongjiang, Jilin dan Liaoning dan melaksanakan pemerintahan penjajahan yang kejam terhadap lebih 30 juta rakyat China.

Semasa menghadapi pencerobohan musuh, rakyat di bahagian timur laut China telah berjuang dengan hebat. Mereka berturut-turut menubuhkan pelbagai pasukan tentera termasuk Tentera Pejuang Anti-Jepun dan Tentera Revolusioner Rakyat Timur Laut. Kemudiannya, pasukan tentera tersebut digabungkan menjadi Tentera Sekutu Anti-Jepun Timur Laut China.

Encik Huang Dianjun yang tinggal di bandar Baishan, Provinsi Jilin China telah menyertai Tentera Sekutu Anti-Jepun Timur Laut China sewaktu beliau berumur 13 tahun. Beliau berkata, "Setelah menduduki China, anggota tentera Jepun melaksanakan dasar membakar semua bangunan, membunuh semua penduduk dan merompak semua harta benda. Pada malam suatu hari, adik saya pulang rumah dan berkata kepada saya bahawa dia berjumpa Tentera Merah dan saya menanyanya kenapa dia tidak menganggotai Tentera Merah? Adik saya menjawab dia masih kecil."

Tentera Merah yang dijumpa adik Huang Dianjun ialah Pasukan II Tentera Revolusioner Rakyat Timur Laut China. Huang Dianjun yang cergas berusaha mencari dan berjaya menganggotai tentera itu.

Pada tahun 1936, atas pimpinan Parti Komunis China, pelbagai tentera anti-Jepun termasuk Tentera Revolusioner Rakyat Timur Laut secara rasmi digabungkan menjadi Tentera Sekutu Anti-Jepun Timur Laut.

Pengerusi Persatuan Keilmuan Sejarah Perang Anti-Jepun China Encik He Li telah melakukan penyelidikan terhadap perang anti-Jepun Tentera Sekutu Anti-Jepun Timur Laut, beliau berkata, "Setelah bahagian timur laut China diduduki tentera Jepun, Tentera Sekutu Anti-Jepun Timur Laut China merupakan satu-satunya kumpulan bersenjata yang ditubuhkan oleh rakyat China untuk menentang tentera Jepun di bahagian timur laut. Mereka mengalami kesulitan yang besar dan menghadapi musuh yang garang. Tambahan pula iklim sangat sejuk di bahagian timur laut dan syarat hidup yang sangat buruk, tetapi mereka tetap berjuang dengan gigih."

Anggota Parti Komunis China Yang Jingyu merupakan pemimpin Tentera Sekutu Anti-Jepun Timur Laut China yang terkenal. Beliau cergas , bijak dan berjaya memperluas kawasan perang gerila di puluhan kaunti di Provinsi Jilin dan Liaoning sehingga memenangi banyak pertempuran dengan tentera Jepun.

Semasa mengenang kembali Yang Jingyu, Huang Dianjun berkata, "Yang Jingyu agak tinggi, ketinggiannya kira-kira 1.8 hingga 1.9 meter. Bahunya besar dan suaranya lantang. Semasa perhimpunan diadakan, beliau menyampaikan ucapan di atas pentas dan suaranya boleh kedengaran di tempat yang paling belakang."

Perjuangan yang dilancarkan oleh Tentera Sekutu Anti-Jepun Timur Laut China merupakan komponen utama Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Tentera Jepun dan memberi sumbangan besar untuk rakyat China mencapai kemenangan terakhir dalam Perang Anti-Jepun.

----AZMI