Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-01 18:59:00    
China Pentingkan Pelaksanaan Undang-undang Sukan

CRI
29 Ogos tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penguatkuasaan Undang-undang Sukan Republik Rakyat China. China meluluskan Undang-undang Sukan pada 29 Ogos 1995 dan menguatkuasakan undang-undang itu pada 1 Oktober tahun itu. Undang-undang Sukan merupakan undang-undang sukan asas pertama sejak Republik Rakyat China ditubuhkan. Dalam undang-undang tersebut termaktub tugas dan tanggungjawab kerajaan dan badan sukan dan juga menjelaskan hak rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

Undang-undang Sukan tersebut menandakan usaha sukan China memasuki tahap baru.

Anggota Majlis Tetap Institut Kajian Undang-undang Sukan Akademi Perundangan China Prof.Yu Shanxu telah menyertai penggubalan Undang-undang Sukan tersebut, semasa menyebut tujuan menggubal undang-undang itu, beliau menyatakan, "Fokus sistem perundangan moden ialah memelihara hak orang ramai. Perlindungan hak awam dalam bidang sukan bergantung kepada undang-undang itu. Penggubalan undang-undang sukan tersebut menjadikan orang ramai boleh melakukan aktiviti sukan di sisi undang-undang."

Seiring dengan penguatkuasaan Undang-undang Sukan tersebut, China meningkatkan usaha penggubalan undang-undang sukan yang berkaitan. Meningkatkan penggubalan undang-undang sukan adalah keperluan kemajuan sosial China. Undang-undang sukan tersebut telah menyelesaikan banyak masalah yang baru muncul. Contohnya, seiring dengan perkembangan ekonomi China dan kekurangan tanah, baru-baru ini beberapa padang sukan tlah dipinda menjadi tanah komersial. Dewan Negara China menguatkuasakan Peraturan Kemudahan Sukan Awam dan menghalang gejala tersebut berlaku.

Dalam Sidang Pleno Moskow Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa yang diadakan pada bulan Julai 2001, Beijing dipilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Pada bulan Februari 2002, Dewan Negara China meluluskan Peraturan Perlindungan Logo Sukan Olimpik. Prof. Yu Shanxu menjelaskan, "China menguatkuasakan Peraturan Perlindungan Logo Sukan Olimpik menandakan China mementingkan usaha melindungi hak harta intelektual selepas menganggotai WTO. Melindingi logo Sukan Olimpik merupakan tuntutan Jawatankuasa Sukan Olimpik terhadap pelbagai negara khususnya negara tuan rumah. Semasa Beijing memohon menyelenggarakan Sukan Olimpik, kerajaan China berjanji akan memenuhi tuntutan Jawatankuasa Sukan Olimpik, melindungi semua hak Jawatankuasa Sukan Olimpik termasuk logo Olimpik dan menggubal undang-undang yang berkaitan."

Peraturan Perlindungan Logo Sukan Olimpik dengan berkesan menghalang tindakan menjejaskan logo Sukan Olimpik. Dimaklumkan, dalam tempoh setahun selepas peraturan tersebut dikuatkuasakan, pelbagai tempat di China telah menangani lebih 400 kes yang menjejaskan logo Sukan Olimpik. Tindakan tersebut mendapat sanjungan tinggi Jawatankuasa Sukan Olimpik dan mesyarakat antarabangsa.

Anti ubat perangsang merupakan masalah yang dihadapi oleh pelbagai negara di dunia. Pada tahun 2004, Dewan Negara China menguatkuasakan Peraturan Anti Ubat Perangsang dan menjadi salah sebuah negara yang menggubal undang-undang tentang masalah tersebut. Tindakan tersebut menunjukkan pendirian tegas China dalam masalah anti ubat perangsang.

Prof. Yu menyatakan seiring dengan perkembangan sosial dan usaha sukan China, China harus meningkatkan usaha penggubalan dan undang-undang. Beliau berkata, "Undang-undang Sukan telah dikuatkuasakan selama sepuluh tahun, undang-undang tersebut juga harus disempurnakan. Antaranya harus meningkatkan perlindungan hak kewarganegaraan."