
Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan salah satu kawasan yang sangat luas di China dan kaya dengan sumber tenaga, antaranya petroleum, gas asli, arang batu dan lain-lain. Dimaklumkan bahawa sumber tenaga merupakan faktor asas pertumbuhan ekonomi di Xinjiang sejak puluhan tahun lalu. Xinjiang pada masa ini berusaha memanfaatkan keunggulan tersebut agar pertumbuhan ekonominya meningkat dengan cepat.
Demaklumkan bahawa pendaman minyak di Xinjiang melebihi 20 bilion tan, gas asli kira-kira seribu billion meter padu, menempati kira-kira 1/3 berbanding jumlah pendaman minyak dan gas asli di China. Jumlah pendaman arang batu di Xinjiang menempati 40% di China.
Penerokaan sumber tenaga di Xinjiang mempunyai sejarah selama 100 tahun bermula pada abad ke-20. Demi meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Xinjiang, kerajaan Chian telah menyediakan peruntukan yang banyak untuk projek carigali minyak dan gas asli di Xinjiang, kebanyakan pangkalan pengeluaran minyak, petroleum dan industri kimia telah selesai dibina di Xinjiang. Pengerusi Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, Ismail Tiliwal berkata pengeluaran minyak dan gas asli telah merangsang pertumbuhan ekonomi di Xinjiang. Beliau berkata pengeluaran minyak dan gas asli telah merangsang pertumbuhan ekonomi di Xinjiang pada masa ini. Pendapatan Xinjiang terutamanya hasil daripada penjualan petroleum, gas asli dan arang batu. Gas asli dan petroleum menempati 60% kadar peningkatan industri wilayah itu.
Peningkatan pengeluaran sumber tenaga yang cepat itu bukan sahaja dapat menampung keperluan pertumbuhan ekonomi di Xinjiang terhadap barangan petrokimia dan sumber tenaga, tetapi juga merangsang peningkatan permesinan, projek tali air dan lain-lain. Kekurangan kemudahan perhubungan lalu-lintas merupakan punca yang penting dan menghalang pertumbuhan ekonomi di Xinjiang. Pengangkutan kargo di Xinjiang telah mencapai kemajuan yang besar seiring dengan penerokaan sumber tenaga di Xinjiang.
Bandar Kalamay yang terletak di kawasan bahagian utara Xinjiang pada awalnya merupakan kawasan pengeluar minyak. Melalui pembangunan selama 50 tahun, medan minyak di Karamay merupakan medan minyak yang terbesar di kawasan bahagian barat China. Naib Datuk Bandar Karamay Encik Zhao Wusheng berkata perusahaan petroleum dan industri hiliran merangsasng industri lain di Karamay. Petrolium merupakan sumber tenaga yang penting di Kramay. Penanaman pohon, perlindungan alam sekitar dan urbanisasi meningkat dengan cepat dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Kerajaan Chian pada tahun ini menyediakan peruntukan sebanyak lebih 20 bilion yuan Renminbi untuk melaksanakan projek petroleum dan industri kimia tempatan. Seramai lebih 300 ribu orang terlibat dalam pembangunan petrolium di Kalamay. Seorang pekerja etnik Uygur Tile. Abula berkata saya sudah bekerja selama 18 tahun di Xinjiang. Kemudahan di tempat kerja kami pada masa ini telah bertambah baik dengan ketara. Kami menjalani kehidupan yang lebih kaya dan bahagia.
Pengurus besar Syarikat Medan Minyak China Encik Chen Xinfa berkata perlindungan terhadap ekologi alam sektiar telah diutamakan dalam proses mencarigali minyak di Xinjiang. Beliau berkata projek pemuliharaan ekologi alam sekitar telah dilaksanakan oleh para pekerja syarikat itu pada masa ini.
Berdasarkan perancangan kerajaan China, penerokaan sumber tenaga di Xinjiang dijangka akan meningkat dengan cepat. Jumlah keluaran minyak di Xinjiang dijangka akan meningkat 30 juta tan pada tahun 2010, jumlah keluaran gas asli mencatat 18 bilion meter padu. Pada masa ini Xinjiang akan menjadi sebagai salah satu pangkalan sumber tenaga utama di China dan pertumbuhan sosioekonomi akan meningkat dengan cepat.
|