|
Menurut berita CRI, Menteri Industri Maklumat China Wang Xudong hari ini di Beijing menyatakan, China akan melaksanakan pelbagai tindakan untuk memajukan industri internet secara sihat.
Demikian dinyatakan oleh beliau semasa merasmikan "Sidang Internet China 2005". Beliau berkata, industri internet berkembang pesat di China pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah pengguna internet China mencapai 103 juta orang setakat ini, prospek penggunaan internet China sangat cerah.
|