Menurut Agensi Berita Xinhua China, dalam tempoh lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di China, China-Malaysia menandatangani perjanjian bernilai 335 juta dolar Amerika, mengeksport teknologi baru pembuatan kertas dan kemudahan berkenaan kepada Malaysia. Setelah teknologi tersebut digunakan, Malaysia akan mampu mengeluarkan kertas menggunakan palpa kelapa sawit, maka secara besar-besaran mengurangkan penebangan hutan.
Ketua Pengurus Syarikat Zongyi Shanghai Berhad yang bertanggungjawab pengeksportan teknologi tersebut Zhou Zongliang berkata, melalui beberapa kali kajian wakil perusahaan dan kerajaan Malaysia dalam tempoh lebih 3 tahun ini, teknologi tersebut berjaya melulus pemeriksaan terakhir Malaysia. Menurut kontak, pihak China akan menyediakan 10 buah garis pengeluaran dan teknologi berkenaan.
Dimaklumkan, teknologi tersebut menggunakan kulit kelapa sawit yang dibuangkan dalam pembuatan minyak sawit sebagai bahan asli , dapat menghasilkan pelbagai kertas berkualiti tinggi termasuk kertas akhbar, kertas fotokopi dan lain-lain, harga palpanya menurun 30% berbanding kertas sejenis, taraf teknologinya lebih tinggi berbanding teknologi sejenis Jepun, A.S., Kanada dan India.
Malaysia ialah negara pengeksport besar minyak sawit, setiap tahun akan mengeluarkan kira-kira 30 juta tan kulit sawit dalam pembuatan minyak sawit, kulit sawit tersebut terutama diuruskan dengam pembakaran dan pemendaman. Diramalkan dengan penggunaan teknologi tersebut, barang buangan tersebut dapat mengeluarkan 7 juta tan kertas berkualiti tinggi, tambah lagi barang tambahan dalam pengeluaran, jumlah eksport Malaysia akan meningkat kira-kira 6 bilion dolar Amerika setiap tahun.
Dimaklumkan, teknologi tersebut telah menarik minat Indonesia, Thailand dan pelbagai negara yang kaya dengan kelapa sawit.
|