Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-05 16:58:56    
Barangan Berjenama Keluaran Ngari Tibet

CRI

Kawasan Ngari terletak pada ketinggian lebih 4,500 meter di bahagian barat laut Wilayah Autonomi Tibet China. Kawasannya luas, penduduknya kurang dan keadaan alam sekitarnya buruk.

Di Biara Khorchak, Kaunti Purang, kawasan Ngari yang bersempadan dengan Nepal, terdapat sebuah papan iklan tentang air minum berjenama Puncak Gang Renpoche terbentang pada tembok biara yang bersejarah lebih 1,000 tahun. Air Tasik Mawang Yutso yang terletak di kaki gunung Gan Renpoche merupakan air suci bagi penganut Buddha di Tibet China, Nepal dan India. Pada setiap musim panas, ramai penduduk Nepal dan India pergi ke kawasan gunung Gang Renpoche dan tasik Mawang Yutso untuk bersembahyang dan mengambil air yang jernih dan manis tersebut.

Di Kaunti Purang, kedua-dua pihak China dan India telah menyediakan peruntukan sebanyak puluhan juta Yuan RMB membina sebuah kilang air minuman. Pada masa ini, air botol berjenama "Puncak Gang Renpoche" itu telah dieksport ke India dan Nepal.

Selain itu, industri Bulu Halus Kambing Ngari yang berkualiti dan bulunya terbaik selepas bulu halus Antilop Tibet yang diumpamakan sebagai "emas rumbut" sedang berkembang pesat di Kaunti Ngari pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Pegawai Jabatan Pentadbiran Kawasan Ngari Encik Tong Minjun memberitahu wartawan CRI, "Bulu halus kambing Ngari sangat terkenal di dunia. Ia mempunyai empat kelebihan yang paling hebat antara semua bulu kambing di dunia iaitu bulunya paling halus, tidak mempunyai kesan kelaparan, bulunya paling panjang dan jumlah kapilari pada bulunya paling banyak. Bulu antilop Tibet kosong di dalamnya dan merupakan bulu yang paling mahal di dunia. Kambing Ngari digembala di kawasan tinggi sama seperti antilop Tibet. Kedua-dua jenis binatang tersebut makan rumput yang sama dan minum air yang sama. Bulu kambing Ngari separuh kosong di dalamnya dan kualitinya terbaik selepas bulu antilop Tibet. Barangan tekstil daripada bulu kambing Ngari sangat laris dijual."

Disebabkan antilop Tibet dilarang diburu dan ditangkap, maka bulu kambing Ngari merupakan pengganti bulu antilop Tibet yang bagus.

Ketua Kaunti Gertse kawasan Ngari Lolha berkata, "Perusahaan bulu kambing Ngari merupakan satu industri istimewa di sini. Keadaan muka bumi dan padang rumput di sini sangat sesuai untuk pembesaran kambing Ngari. Kami sedang menumpukan perhatian besar terhadap penternakan binatang itu."

Di kedai Syarikat Pengeluar Bulu Halus Kambing Jinhada Ngari Bhd di pekan Sengye Tsango, wartawan CRI menemui ramai pelancong membeli barang tesktil bulu halus kambing Ngari. Harga skaf dijual melebihi 1,000 hingga 3,000 Yuan RMB dan harga baju wanita mencapai lebih 2,000 hingga 4,000 Yuan RMB. Pengurus jabatan penjualan syarikat tersebut Encik Zhao Caibo berkata, "Sejak syarikat kami dibuka, keluaran kami laris dijual dan mendapat sambutan baik. Keluaran kami dihasilkan daripada bahan mentah tempatan dan para pengguna menerima jenama sendiri."

Encik Lu Ruiqing, pegawai kerajaan kawasan Ngari yang bertangungjawab terhadap pembangunan dan perancangan industri bulu halus kambing Ngari memaklumkan bahawa pada masa ini, kawasan Ngari mempunyai kambing yang jumlahnya paling banyak dan kualiti bulunya halus dan paling bermutu di dunia. Beliau berkata, "Kami berjaya meningkatkan pendapatan para penggembala kambing melalui pemprosesan bulu kambing tersebut dan peningkatan nilai tambahnya. Kami berusaha mengembangkan ekonomi tempatan berdasarkan kelebihan sumber alam dan mempromosikan bulu halus kambing Ngari ke seluruh dunia."

----AZMI