Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-05 16:58:37    
Usaha Perlindungan Ekologi Alam Sekitar di Tibet China

CRI

Puncak Qomolangma yang setinggi 8848 meter dari paras laut terletak di sempadan kaunti Dingri Wilayah Autonomi Tibet China dengan Nepal. Puncak itu paling tinggi di dunia dan digelar sebagai kutub ketiga selepas Antartika dan Artik. Dalam tempoh lebih setengah abad lalu, puncak itu menarik perhatian para pendaki gunung, penjelajah, saintis dan pelancong pelbagai negara.

Pada bulan April hingga September, ramai pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke kaunti Dingri Tibet untuk menyaksikan puncak Qomolangma. Akan tetapi mereka tidak tahu puncak itu mungkin merupakan tempat terakhir yang belum mengalami pencemaran di dunia. Terdapat banyak serac setinggi 10 meter pelbagai bentuk di puncak Qomolangma, manakala terdapat hutan dara yang sangat luas, banyak tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar yang berharga dan padang rumput di kaki gunung yang paras lautnya di bawah 6000 meter.

Akan tetapi, seiring dengan perkembangan sukan mendaki gunung dan industri pelancongan pada tahun 1970-an, salji di puncak Qomolangma mulai cair, jumlah pokok dan binatang liar di kawasan gunung itu mulai berkurangan, hampir seribu pendaki gunung dan pelancong membuang sampah sarap setiap tahun.

Untuk melindungi ekologi alam sekitar di kawasan itu, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet menetapkan menubuhkan zon perlindungan alam Qomolangma di kaunti Dingri pada tahun 1988. Pada tahun 1994, kerajaan China menetapkan kawasan itu sebagai zon perlindungan alam peringkat negara. Keluasan zon perlindungan alam itu seluas 34,000 kilometer persegi.

Separuh keluasan kawasan zon perlindungan alam Qomolangma dan hutan lokasi di kaunti Dingri. Pegawai kaunti Dingri encik Wang Zhizhong menyatakan,

"Sejak zon perlindungan alam Qomolangma dibentuk, kami melaksanakan tindakan melarang penduduk tempatan menebang pokok. Pada masa ini, tindakan itu mencapai kejayaan, penduduk tempatan tidak menebang pokok lagi dan kayu tidak diizin dijualbeli di pasaran."

Disamping itu, kerajaan dan jabatan pengurusan tempatan meningkatkan penerangan tentang peraturan dan undang-undang. Ketua Jabatan Pengurusan Zon Perlindungan Alam Qomolangma Cawangan Dingri Tibet encik Pubu Zhaxi menyatakan,

"Kami memperkenalkan peraturan dan undang-undang melindungi ekologi alam sekitar setiap tahun. Kami menterjemah fasal dalam "Undang-undang Hutan", "Undang-undang Perlindungan Binatang Liar" dan "Peraturan Zon Perlindungan Alam" dalam bahasa Tibet untuk memudahkan penduduk tempatan memahami pentingnya usaha melindungi ekologi alam sekitar dan kawasan habitat binatang liar di zon itu."

Jabatan Pengurusan Zon Perlindungan Alam Qomolangma Tibet juga berusaha untuk menyelesaikan masalah sampah sarap yang ditinggalkan oleh para pelancong, aktiviti mendaki gunung, kajian sains dan penyelidikan. Encik Pubu Zhaxi menyatakan,

"Kami akan membersihkan sampah sarap untuk melindungi ekologi alam sekitar, membina dan membaikpulih jalan-jalan di kawasan pelancongan di seluruh zon itu."

Pada masa ini, tiga pusat pelupusan sampah sarap telah ditubuhkan di kawasan perlindungan alam jabatan perlindungan kaunti cawangan Dingri Tibet. Sampah sarap yang dibersihkan dari pangkalan Zumulangma berjumlah 68 lori setiap tahun.

Sejak tahun 2003, para pelancong yang menaiki kereta harus menaiki pedati yang digerahkan menggunakan kuda di kuil yang paras lautnya setinggi 5100 meter menuju ke pangkalan Qomolangma.

Encik Pubu Zhaxi menyatakan,

"Tindakan itu membolehkan para penlancong, pendaki gunung dan penjelajah mengetahui zon perlindungan itu cukup bersih dan juga untuk melindungi iklim di zon perlindungan itu."

----Ching