Kajian sains membuktikan, mata, otot dan sistem saraf akan terjejas akibat penggunaan komputer dalam jangka panjang. Pengguna berasa matanya letih, daya penglihatan menurun, otot sakit, pening kepala dan lain-lain setelah menggunakan komputer terlalu lama.
Setelah komputer dibina, cara kerja, kehidupan dan pelajaran telah mengalami perubahan. Seiring dengan jaringan net banyak digunakan, manusia semakin lama semakin tergantung kepada komputer. Ada yang bertugas di depan komputer sepanjang hari, ada yang asyik melayari laman web untuk mendapatkan maklumat yang banyak. Akan tetapi penggunaan komputer bukan sahaja memudahkan kehidupan, tetapi juga menjejaskan kesihatan para pengguna.
Cao Zhuo ialah seorang siswazah lanjutan di sebuah universiti di bandar Beijing. Komputer sentiasa merupakan pembantu yang baik bagi pelajarannya. Akan tetapi, disebabkan beliau sentiasa menggunakan komputer, dalam beberapa tahun yang lalu, daya penglihatannya telah menurun dengan ketara. Beliau berkata,
"Mata saya terjejas akibat menggunakan komputer. Daya penglihatan kedua-dua mata saya amat baik semasa saya baru belajar di universiti. Akan tetapi, daya penglihatan saya menurun pada masa ini. Ini disebabkan saya menggunakan komputer terlalu lama tanpa menjaga mata."
Semasa menggunakan komputer, garis penglihatan pengguna tertumpu pada skrin yang kecil, manakala jarak antara mata dengan skrin sentiasa ditetapkan. Jika menggunakan komputer dalam masa panjang, beban mata semakin berat sehingga pengguna berasa matanya letih.
Selain itu, semasa menggunakan komputer, pengguna harus sentiasa melihat huruf, tanda atau gambar yang berkelip-kelip di skrin sehingga jarang mengejapkan mata, ini menyebabkan pengguna berasa matanya kering. Jika mata itu sentiasa berada dalam keadaan letih dan kering, daya penglihatan akan menurun.
Pakar yang bertugas di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Bandar Beijing yang bertanggungjawab terhadap pencegahan dan kawalan penyakit akibat kerja encik Zheng Hexin menyatakan,
"Pada umumnya, cara pencegahan agak mudah. Jika bekerja menggunakan komputer dalam masa panjang, pengguna harus berehat pada masa yang sesuai. Misalnya, berehat 10 hingga 15 minit setelah bekerja 1 hingga2 jam. Cara berehat bermacam-macam, misalnya menutup mata atau melihat pokok atau tanaman warna hijau di tempat jauh.
Selain menjejaskan mata, menggunakan komputer dalam masa panjang juga menyebabkan beberapa pengguna berasa otot mereka tegang. Kakitangan awam yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan bandar Beijing encik Chen Cheng menyatakan,
"Saya harus menginput dokumen atau mencari bahan menerusi komputer semasa saya bekerja. Akan tetapi, setelah bertugas sepanjang hari, saya berasa badan saya sakit, khususnya bahu saya."
Ini kerana aksi pengguna tidak banyak semasa menggunakan komputer sehingga beberapa otot sentiasa dalam keadaan yang sama. Ini menyebabkan otot tegang sehingga sakit.
Menurut maklumat pakar, cara berkesan untuk mencegah penyakit itu ialah pengguna harus mengekalkan kedudukan badan yang tepat semasa menggunakan komputer, memilih kerusi yang sesuai, menggerahkan badan setiap puluhan minit dan lain-lain.
----Ching
|