Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-09 10:08:32    
Acara Bola Tampar Pantai China Capai Kemajuan Besar

CRI

Melalui perkembangan selama 10 tahun, acara bola tampar pantai China mencipta rekod terbaik dalam sejarah pada tahun 2005. Dalam senarai yang diumumkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa baru-baru ini, pemain wanita China Tian Jia dan Wang Fei menduduki tempat ke-2 teratas di dunia, pemain lelaki China Xu Qiang dan Xu Linyin menduduki tempat ke-27, kedudukan mereka merupakan kedudukan pemain China paling atas dalam sejarah.

Sejak China terlibat dalam sukan bola tampar pantai pada tahun 1995, pemain China tidak mencapai kejayaan besar dalam pertandingan antarabangsa. Akan tetapi, situasi tersebut berubah pada tahun ini. Pemain China Tian Jia dan Wang Fei menduduki tempat ke-2 dalam pertandingan 10 siri pusingan pertama. Selain itu, mereka juga meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia yang diadakan di Jerman tahun ini. Ketua jurulatih Pasukan Bola Tampar Pantai Negara China Miao Zhihong berpendapat mereka telah tersenarai antara pemain yang paling hebat di dunia. Beliau berkata, "saya berpendapat mereka telah menjadi pemain yang paling hebat di dunia dalam acara bola tampar pantai. Pada masa dulu, mereka berada di kedudukan pertengahan. Tahun ini prestasi mereka meningkat."

Pemain lelaki bola tampar pantai China juga mencapai kemajuan dalam pertandingan. Pemain China Xu Qiang dan Xu Linyin meningkat kedudukan mereka di dunia daripada tempat ke-55 ke tempat ke-27.

Ketua jurulatih Miao Zhihong berpendapat kejayaan yang dicapai oleh pasukan bola tampar pantai China berkaitan erat dengan usaha pelbagai pihak pada tahun-tahun kebelakangan ini. Beliau menjelaskan dalam tempoh lima hingga enam tahun kebelakangan ini, China menyediakan peruntukan yang banyak untuk acara bola tampar pantai, pemain China berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa peringkat dunia. Pemain China memperoleh pengalaman dan meningkatkan prestasi mereka. Beliau berkata, "Kami lebih banyak peluang mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa, seiring dengan peningkatan peruntukan negara, kami mencapai kejayaan yang lebih besar. Khususnya Tian Jia dan Wang Fei, kedudukan mereka meingkat daripada ke-11 pada tahun 2002 ke tempat ke-5 pada tahun 2003. Pada tahun 2004, Wang Fei mengalami sakit. Tahun ini, mereka mencapai kejayaan besar."

Sukan Olimpik 2008 akan diadakan di Beijing. Matlamat pasukan bola tampar pantai China ialah pasukan wanita meraih satu pingat, pasukan lelaki berusaha memasuki tempat ke-16 teratas. Jurulatih Miao Zhihong menyatakan berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh pemain China, matlamat tersebut berkemungkinan besar dicapai. Tian Jia dan Wang Fei yang berumur 24 tahun akan memasuki tempoh emas pada tahun 2008. Berbanding pemain unggul yang lain kedua-dua mereka mempunyai kelebihan dari segi umur. Pemain lelaki China Xu Linyi yang berumur 19 tahun mempunyai kelebihan dari segi keinggian dan teknik. beliau berkata, "Xu Linyin mempunyai kelebihan dari segi ketinggiannya, persembahannya dalam pertandingan juga baik. Dalam pertandingan yang diadakan di Portugal, kami menewaskan pasukan Argentina."

Untuk meningkatkan prestasi pasukan bola tampar pantai China, Persatuan Bola Tampar China aktif bekerjasama dengan negara yang hebat tinggi dalam acara bola tampar pantai. Dimaklumkan, pasukan bola tampar pantai China berkemungkinan mempelawa jurulatih asing melatih pasukan tersebut pada tahun depan dan pasukan itu juga berkemungkinan pergi ke Australia untuk berlatih.