Menurut Agensi Berita Xinhua China, ahli Dewan Negara China, Puan Chen Zhili menyatakan di Beijing semalam, kerajaan China akan memastikan mahasiswa yang miskin menamatkan pengajian mereka.
Demikian dinyatakan oleh Chen Zhili ketika meninjau Univeristi Pertanian China dan Universiti Rakyat China. Beliau menyatakan, kerajaan China amat mengutamakan kerja bantuan kepada mahasiswa yang miskin, dan menyediakan biasiswa sebanyak sebilion Yuan Renminbi setiap tahun kepada lebih 500 ribu mahasiswa yang miskin.
|