Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-09 11:41:31    
Sidang Keselamatan Selat Melaka dan Singapura Ditutup

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Keselamatan Selat Melaka dan Singapura serta Sidang Tingkatkan Keselamatan, Pengawalan dan Perlindungan Alam Sekitar Selat selama 2 hari semalam ditutup di Jakarta. Sidang tersebut menggesa semua negara bekerjasama dengan Pertubuhan Hal-Ehwal Lautan, membanteras lanun dan rompakan bersenjata, memelihara alam sekitar dan sumber lautan, menjamin kelancaran dan keselamatan perkepalan di selat tersebut.

"Kenyataan Jakarta" yang dikeluarkan dalam sidang kali ini menegaskan bahawa pelbagai negara disekitar Selat Melaka dan Singapura termasuk Indonesia, Malaysia dan Singapura akan bertanggungjawab terhadap keselamatan perkapalan, perlindungan alam sekitar dan pengawalan lautan di kawasan selat tersebut; tindakan apapun yang diambil harus mentaati undang-undang antarabangsa termasuk "Konvensyen Undang-undang Lautan PBB"; mengiktiraf kepentingan negara-negara yang menggunakan selat tersebut dan pelbagai badan antarabangsa berkenaan serta peranan mereka dalam masalah Selat Melaka dan Singapura; mengiktiraf pentingnya negara-negara di sekitar selat tersebut mengeratkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa; mengalu-alukan bantuan, latihan, peralihan teknologi dan lain-lain dari pelbagai negara yang menggunakan selat tersebut dan badan antarabangsa berkenaan serta bantuan lain yang bersesuaian dengan undang-undang antarabangsa.

Sidang kali ini dianjurkan oleh kerajaan Indonesia bersama-sama Pertubuhan Hal-Ehwal Lautan antarabangsa, dan mendapat bantuan daripada Malaysia dan Singapura. Tujuan sidang tersebut adalah untuk menyelidiki rangka kerjasama untuk meningkatkan keselamatan perkapalan, pengawalan dan perlindungan alam sekitar di selat tersebut. Wakil dari 34 negara termasuk China serta pemerhati dari 2 pertubuhan transkerajaan dan 7 pertubuhan bukan kerajaan menyertai sidang tersebut.

Angkatan tentera laut Indonesia mengumumkan bahawa mulai 13 September, meraka akan melakukan rondaan di angkasa bersama-sama Singapura, Malaysia dan Thailand di kawasan perairan Selat Melaka agar menjamin keselamatan Selat Melaka.